Tuesday, January 31, 2017

ADAKAH AKU SAHABAT SYURGA?

Ditulis oleh : SITI SARA BINTI ZULKIFLEE
No siri : 095
No matrik : 14021200

Akhlak yang baik adalah pakaian dan hiasan peribadi seorang muslim, dalam sebuah perhubungan perlu ada batas dan caranya. Suatu  persahabatan juga memiliki adab dan ia banyak diutarakan dalam hadis, adab bershabat juga menjadi kajian para ulama Islam. Ketika mendengar perkataan ‘sahabat’ , tentunya yang ada di benak kita adalah seorang teman setia yang penuh perhatian, selalu menadah telinga mendengar masalah-masalah kita, menghargai, membantu di kala susah dan senang. Agama kita telah mengariskan semua itu, termasuk bagaimana adab-adab kita dalam bersahabat yang diredhai oleh Allah.

Hasan al-Bashri R.A dalam hal ini mengatakan, “Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajipanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Beliau juga mengatakan, “Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri saudaranya, ia bersegera meluruskan juga selalu menjaga aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain."

Walaupun, jelas satu keburukannya atau kekurangan secara tidak sengaja, maka janganlah kita sebagai sahabat menceritakan keburukan itu kepada orang lain. Tutuplah kelemahan itu dengan menjadikan ia rahsia kita sepanjang hayat. Apabila kita menjaga aib orang, mungkin orang lain juga akan menutup aib kita tanpa kita sedari. Sebab kita juga manusia biasa, tidak pernah sempurna dalam semua perkara. Itulah hakikat sebuah persahabatan.
Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga jenis iaitu makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat. Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan kita perlu menjauhinya.


Antara ciri-ciri yang perlu dititikberatkan adalah seperti di bawah :


1.      Memuliakan sahabat dengan cara membantu dengan mengajak ke jalan menuju kejayaan.

2.      Ringan tulang  untuk memberikan pertolongan. 

3.      Menutup aib, serta tidak menceritakan akan rahsia-rahsianya.


4.      Jika seseorang yang mencela sahabatnya, dia hanya senyap dan mendengar.

5.      Ketika sedang bercakap, dia akan memberikan perhatian terhadap perbualan antara mereka.


6.      Menghindari sikap yang suka mengarah pada perbuatan, pada akhirnya dapat menjadi perbalahan yang besar.


7.      Menyokong sahabat untuk selalu membuat kebaikan dan kebajikan kepda orang yang memerlukan.

8.      Ikhlas dalam memberi nasihat serta selalu berpesan antara satu sama lain. 


9.      Sentiasa berdoa kepada Allah atas kebaikan dunia dan akhiratnya, meskipun dia telah meninggal dunia.

10.   Memuliakan sahabat dengan semua perkara.








No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *