Friday, January 27, 2017

KECERDIKAN AKAL ASAS BERDAKWAH

Ditulis oleh: Tuan Nor Azwani Binti Tuan Alias | 14021213 | 027


          Setiap daripada kita dikurniakan akal fikiran yang sempurna oleh Allah SWT. Bagaimana kita menggunakan akal fikiran dengan sebaiknya dalam menimbang baik buruk sesuatu perkara. Jangan kita letakkan pertimbangan akal di tempat yang salah, sebaliknya gunakan ia untuk meraih reda Allah SWT.
            Menerusi segmen ibrah di IKIMfm, Ustaz Syaari Abdul Rahman berkongsi kisah Nabi Ibrahim berhadapan kaumnya yang degil dan tidak mahu menyembah Allah SWT serta bagaimana Baginda menggunakan kecerdikan akal fikiran ketika berdakwah kepada mereka.

            Apabila segala usaha dakwah yang dijalankan Nabi Ibrahim tidak mendatangkan hasil dan mereka tetap enggan beriman kepada Allah SWT, Baginda lantas mengambil keputusan untuk meruntuhan berhala yang ada.

            Oleh kerana bapa saudaranya sendiri memahat kayu untuk dijadikan berhala dan kemudiannya dijual, maka Nabi Ibrahim mengetahui sevara lebih terperinci di manakah lokasi penyembahan mereka dan di mana letaknya berhala itu.

NABI IBRAHIM RUNTUHKAN BERHALA
            Menerusi ayat Al-Quran, Allah SWT berfirman menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana Nabi Ibrahim meruntuhkan berhala itu.
            Firman-Nya yang bermaksud : “alu ia pergi kepada berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya ( kepada berhala itu, secara mengejek-ejek): mengapa kamu tidak makan? Lalu ia memukul berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul)”. ( surah as-saaffat, ayat 91-93)

            Perbuatan Nabi Ibrahim berdialog dengan berhala berkenaan disebabkan peasaa marah terhadap kaumnya yang meletakkan makanan untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka supaya apabila pulang daripada berpesta dalam satu upacara pada malam itu, segala dosa mereka diampunkan.

PISAH KEHIDUPAN DENGAN AGAMA
            Ini membuktikan mereka memisahkan kehidupan dengan agama. Perkara itu bukan sahaja terjadi kepada kaum Nabi Ibrahim bahkan berterusan sehingga ke hari ini. Ada segelintir kita, saat senang tidak memikirkan soal agama serta beribadah dan apabila ditimpa ujian baru mencari keampunan Allah SWT.
            Seseorang yang mempunyai perancangan rapi seperti Nabi Ibrahim tidak memecahkan semua berhala untuk berhadapan dengan kaumnya. Nabi Ibrahim sengaja meninggalkan berhala paling besar. Ulama tafsir menyebut, Nabi Ibrahim sengaja meletakkan kapak di tangan serta leher berhala yang paling besar.

            Lalu apabila kaumnya pulang dari berpesta, mereka berdialog yang dirakamkan oleh Allah SWT yang bermaksud :”(setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya : siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia daripada orang yang zalim.” (surah al-Anbiyaa’, ayat 59)
            Kaumnya tidak menyangka , bagaimana berhala itu boleh musnah dan yang tinggal hanya berhala paling besar. Apabila berlakunya kejadian seperti itu, sepatutnya tidak timbul persoalan angkara siapakah kerana sudah tentu ia angkara berhala yang paling besar kerana tidak mahu mempunyai sekutu.
            Setiap kisah yang didatangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran sebagai pengajaran kerana peristiwa dikaitkan dengan kekufuran serta perkara syirik bukan berlaku di zaman lalu, malah terus dilakukan masyarakat hingga hari ini.

SENTIASA BERSEDIA KETIKA BERDAKWAH
            Dalam pendekatan dakwah, kita perlu mencontohi Nabi Ibrahim yang bersedia untuk berdepan kumpulan sasar yang ingin disampaikan dakwah. Matlamat utama Nabi Ibrahim ialah supaya kaumnya beriman kepada Allah SWT.

            Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan perlu ada objektif serta matlamat yang jelas dan bagi memastikan semuanya berjalan lancer, persediaan rapi menjadi keutamaan kerana kita tidak mahu niat yang baik akhirnya menjadi fitnah kepada agama disebabkan kelemahan kita.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *