Ditulis oleh :
Norfarahah bt che ibrahim
Pendahuluan
Era globalisasi telah turut memesatkan industri media di
serata dunia. Selaras dengan itu berbagai maklumat dapat disebarkan samada yang
baik ataupun buruk. Ajaran Islam itu sendiri merasakan tempiasnya apabila wujud
usaha musuh-musuh Islam menggunakan saluran media ini untuk memberikan tafsiran
yang salah tentang Islam.
Perencanaan
Golongan Orientalis.
Orientalis adalah satu golongan pemikir dari barat yang melakukan kajian khusus
berkenaan Islam. Mereka ini menulis berlandaskan akal semata-mata tanpa
berlandaskan pengetahuan yang mendalam dalam ilmu wahyu. Ajaran Islam diputar
belit supaya kelihatan sebagai agama yang langsung tidak releven dan
membawa ancaman. Ini dilakukan dengan harapan Islam itu dibenci dan dijauhi.
Lebih teruk lagi ialah apabila golongan ini menyebarkan kajian mkereka dalam
bentuk tulisan dan sebagainya.
Terdapat sebahagian daripada ayat Al-Quran yang memerlukan tafsiran mendalam
untuk mendapatkan makna yang sebenarnya. Ayat-ayat inilah yang selalunya
diputarbelitkan oleh golongan orientalis yang terkadang menyongsangkan terus
makna sebenar ayat tersebut. Ini termasuklah mengambil sebahagian sahaja ayat
sehingga tafsiran yang salah diperoleh.
Taktik halus
Salah faham terhadap Islam juga bukan sahaja berlaku dengan kajian-kajian yang
berbentuk formal sahaja, malah banyak lagi saluran lain digunakan seperti menggunakan
pendekatan filem. Sebagai contoh, seperti filem Melayu yang
menggambarkan bagaimana hukum sula dikaitkan dengan hukum Islam.. Adegan ini
telah memberi gambaran yang salah terhadap Islam kepada yang mereka yang jahil
terutamanya orang kafir.
Kesimpulan.
Masalah salah faham ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya Al-Quran yang
diturunkan Allah SWT dikaji dengan sebaiknya. Umat seharusnya mengorak langkah
untuk berusaha memberi pembetulan kepada salah faham ini dengan mengadakan
kajian mendalam dan memberikan tafsiran sebenar tentang isi kandungan
Al-Quran. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’am yang bermaksud:
”Tidak kami tinggalkan sedikitpun melainkan semuanya terkandung didalam
Al-Quran”
No comments:
Post a Comment