Tuesday, January 17, 2017

Gilapan Akar Tradisi Dalam Mencari Diri

Disediakan Oleh: Siti Zunairah Binti Ismail
No Matrik: 14021164
No Siri: 071
Kesusasteraan, dilihat dari segi skop dan bidangnya ternyata sudah agak membebaskan diri daripada persoalan nilai tertentu. Nilainya sudah banyak yang bersifat relatif. Tegasnya, kerelatifan nilai yang digunakan dalam meletakkan ukuran terhadap sesuatu persoalan atau tema tidak lagi secara mutlak merujuk al-Quran. Meskipun dalam pendekatan mutakhir, terlihat unsur-unsur yang lebih jelas ke arah memberikan pewarnaan baharu terhadap kreativiti kesusasteraan dari pelbagai genre.

Namun begitu, secara umumnya, kesusasteraan masih lagi kukuh dilihat sebagai kegiatan kreatif di samping kepelbagaian nilai yang wujud dalam hasil-hasil karya yang ditampilkan. Justeru itu, pembicaraan kesusasteraan khususnya kesusasteraan moden dipopularkan oleh genre-genre novel, cerpen, puisi, drama dan lain-lain yang masih jelas memperlihatkan perbezaannya dengan skop persuratan Melayu sebelumnya.

Genre-genre ini tidak semestinya menampung karya-karya yang selaras dengan tuntutan al-Quran. Karya-karya ini umumnya melakukan penerusan dari bentuk tradisi yang cenderung bersumberkan ilham dan jangkauan akal yang bertunjangkan pengalaman, pengamatan serta memberikan nilai estetik pancaran daripada pemikiran seni yang tidak dalam.

Justeru itu, tidak lahir karya-karya besar yang menanjakkan nilai intelek, falsafah, kemanusiaan dan kemurnian hidup. Apa yang sering terpancar dalam karya-karya kreatif itu ialah tumpuan terhadap dongengan, pemujaan melulu, tema-tema picisan dan sensasi, darjah pengamatan yang cetek malah membangkitkan nafsu-nafsi, menebalkan “ketahyulan” dalam bentuk lama dan baharu serta menjauhkan daya arah yang harus dituju oleh insan.


Inilah sebenarnya matlamat pembatasan maksud “kesusasteraan” dalam konotasi yang dipersempitkan semata-mata di dalam lingkungan kreatif yang tidak jelas nilai yang dipakainya. Menyamakan sajak Sungai Mekong dengan Syair Perahu atau Syair Dagang, implikasinya sudah tentu berbeza dilihat dari segi fenomena alam dan kehidupan yang cuba dinukilkan dalam pengembaraan untuk mencari erti diri dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *