Friday, January 27, 2017

SENI BUDAYA ISLAM

Ditulis oleh:
NAMA : NIK NOR IZZATI BT NIK MOHAMAD
NO MATRIK : 14021120 | NO SIRI : 046
  
BAGAI melukut di tepi gantang. Itulah perumpamaan Melayu yang paling sesuai bagi menggambarkan 'keadaan' kesenian budaya warisan Melayu Tradisional, yang kian 'nazak' dari hari ke hari.

Biarpun semakin dilupakan, namun sebagai satu identiti warisan Melayu usaha memartabatkannya harus diteruskan dan dipergiatkan lagi agar ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Apatah lagi, seni budaya kini adalah salah satu daya tarikan utama kepada pelancong asing untuk datang ke negara ini. 

 
Agama Islam merupakan agama fitrah bagi manusia. Oleh sebab itulah setiap ajaran yang telah disyariatkan kepada umatnya sudah semestinya bertepatan dan selari dengan fitrah semulajadi mereka. Jika diperhatikan, setiap manusia biasanya akan cenderung kepada hiburan, khususnya terhadap seni muzik. Muzik adalah suatu tuntutan fitrah manusia. Akan tetapi, untuk memenuhi kehendak naluri manusia ini, tidak semua jenis muzik dibenarkan oleh Islam.Oleh kerana itulah, para ilmuan Islam telah memperkenalkan muzik mengikut acuan Islam agar mereka tidak terpesong.
Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika era kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar cabang kesenian yang ada pada hari ini adalah sumbangan awal para ilmuan Islam. Mereka telah berjaya menghasilkan kerja seni yang luar biasa mutunya, malahan kekal hingga ke hari ini, samada dari aspek seni muzik, seni khat, seni bina, seni sastera dan lainnya. Dalam pengkajian mengenai seni muzik, bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni ini dan dipelopori oleh orang-orang Islam serta memajukannya.
Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman kerajaan Abbasiyyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima bekerja. Kesannya lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi, al-Kindi, Khalil Ibn Ahmad dan lainnya.

Asal penggunaan istilah muzik dan definisinya dari aspek terminologi adalah dipercayai bahawa kalimah ‘muzik’ berasal daripada bahasa Greek. Dikatakan telah dipinjam penggunaannya oleh orang-orang Islam pada kurun kelapan hingga kesepuluh Hijrah. Memandangkan asal kalimah ‘muzik’ ini daripada tamadun Greek, maka definisi yang dirumuskan oleh ahli muzikologi dan ahli etnomuzikologi adalah ‘seni dan sains memadukan bunyi atau nada suara atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai penyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur bagi sistem kepercayaan yang membentuk asas kepercayaan (Lois Lamya’, 1993, 31).









No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *