DITULIS OLEH:
FARHATUN NAJAT BINTI MOHD NASIR.
NO SIRI: 079.
Berkat kelahirannya,isu bahawa kaum muslimin tidak akan boleh
melahirkan bayi kerana telah diteluh oleh dukun-dukun Yahudi di Madinah sudah
ditepis. Seorang wanita mulia, iaitu puteri Abu Bakar as-Siddiq telah
melahirkan bayinya ketika sedang berhijrah dari Mekah menuju Madinah demi
menyusul teman-temannya seakidah. Asma’ binti Abu Bakar ialah ibunda mulia yang
melahirkan bayi lelaki itu di Quba’ yang kemudian bayi tersebut diberi nama
Abdullah. Sebelum disusui,Abdullah bin Zubair dibawa menghadap Rasulullah
S.A.W. untuk di- tahniq (diusapi untuk pertama kali, biasanya dengan
madu/kurma) dan didoakan oleh beliau.
Abdullah dilahirkan dari pasangan mujahid dan mujahidah ini
kemudian berkembang menjadi seoran pemuda perwira. Kehebatannya di medan
perang, dapat membuktikan beliau ketika bersama mujahid-mujahid lainnya
menggempur Afrika demi membebaskan penduduknya dari kesesatan akidah. Pada
waktu mengikuti ekspedisi tersebut, usianya baru berkisar 17 tahun. Begitulah
kehebatan dari sistem tarbiyah Islamiyyah, yang boleh melahirkan pemuda menjadi
tokoh-tokoh pejuang dalam menegakkan ajaran Islam.
Selain itu, dalam peperangan tersebut, jumlah tentera antara kedua
kubu sangatlah tidak seimbang. Jumlah pasukan kaum muslimin hanya sekitar 20
ribu tentera sedangkan jumlah musuh sekitar 120 ribu orang. Keadaan ini cukup
membuat kaum muslimin bimbang melawan gelombang musuh yang sangat ramai,
walaubagaimanapun, hal itu tidak membuat mereka gentar. Ini kerana, bagi
mereka, perang adalah untuk mencari syahid di jalan-Nya sehingga roh mereka
boleh menuju syurga jannah, sebagaimana yang telah dijanjikan Tuhan
mereka.
Melihat keadaan yang kurang menguntungkan tersebut, Abdullah segera
memerah otak untuk mencari rahsia kekuatan pihak lawan. Akhirnya, dia menemukan
jawapannya. Ternyata, inti kekuatan musuh tertumpu pada Panglima Berber yang
menjadi panglima perang mereka. Oleh itu, dengan penuh keberanian, dia segera
menembus pasukan musuh yang berlapis-lapis ke Panglima Berber. Usahannya
tersebut tidak sia-sia.Disebabkan itu, ketika jarak antara dirinya telah dekat,
dia segera melibaskan pedangnya demi menghabiskan nyawa panglima kaum musyrik
tersebut. Panji pasukan lawan direbut oleh teman-temannya dari tangan musuh.
Ternyata, dugaan Abdullah tidak meleset. Setelah kematian panglima kaum
musyrik, semangat tempur pasukan musuh merundum dan tidak lama kemudian mereka
melutut di hadapan para mujahid yang gagah berani.
Disamping itu,Abdullah juga seorang hamba yang mempunyai sifat
khusyuk dan tawaduk. Terdapat salah seorang sahabat yang memberi kesaksian
bahawa apabila Abdullah sedang menunaikan solat, tubuhnya seperti batang pokok
yang tidak bergerak, betapa khusyuknya beliau dalam solat. Bahkan, Yahya bin
Wahab juga bercerita bahawa apabila Abdullah sedang sujud, terdapat beberapa
burung kecil bertenggek di belakang beliau kerana menyangka belakang tersebut
adalah tembok yang kukuh. Tokoh yang tegas dari sudut kebenaran ini telah wafat
pada usia 72 tahun, terbunuh oleh tangan pendosa bernama Hajjaj bin Yusuf.
No comments:
Post a Comment