NAMA :
NORHIDAYATI ADAWIAH BINTI MOHD ARIFFIN
KAD PENGENALAN
: 941105035790
MATRIK :
14021131
NO SIRI : 084
ARTIKEL 1 :
Dalam era globalisasi
anak –anak muda mudah dipengaruhi dengan unsur negatif daripada media massa
serta bahan – bahan bercetak . Sewajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang
peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak –anak. Mereka haruslah mendidik
dengan sempurna supaya menjadi insan berertika dan dapat menberikan manfaat
kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan Negara bak kata pepatah ‘
pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara’. Oleh itu mereka harus diberi
kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat
merealisasikan pelbagai wawasan Negara kelak.
Sememangnya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan
berertika antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang terhadap anak- anak
sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat sebagai contoh ibu bapa
patut meluangkan masa bersama anak –anak untuk memahami serta mengambil berat
tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan
mereka dengan rakan –rakan .
Di samping itu ,ibu
bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak –anak. Pendek kata ibu bapa
idola anak –anak .Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak –anak supaya
mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai –nilai
murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa .Bahkan itu juga, ibu bapa patut memberikan
didikan agama kepada anak –anak supaya mereka dapat membezakan perkara baik dan
buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Apabila anak –anak mendalami ajaran kitab
berdasarkan agama masing –masing, mereka akan mendapat panduan hidup yang baik
serta berusaha mengamalkan nilai –nilai murni kerana mereka sedar bahawa
kesudahan yang baik menanti diri mereka . Tambahan pula, pendidikan agama akan
menjadikan garis panduan kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana
dan berertika .
Akhir kalam , ibu bapa
perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak –anak menjadi seorang insan yang bermoral dan
bersahsiah mulia. anak –anak ibarat kain
putih ,ibu bapalah yang perlu mencorakkannya .
No comments:
Post a Comment