Nama:NUR FARHANA BINTI AHMAD No siri: 096(14021268)
1. Masalah berkaitan pengkid dan gay bukanlah isu baru dalam masyarakat kita malah dewasa ini ianya kelihatan semakin menjadi-jadi dan seolah-olah telahpun menjadi trend bagi segelintir rakyat negra ini.
2. Walaupun secara relatifnya bilangan mereka yang tergolong dalam kedua-dua kategori ini mungkin masih kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia yang hampir 26 juta orang namun gejala yang tidak sihat ini perlu dibendung dengan segera agar ianya tidak merebak menjadi parasit dalam masyarakat kita.
3. Walaupun kes pengkid itu lebih kepada isu pengedaran dadah tetapi apa yang lebih merisaukan kita ialah terbongkarnya misteri kehidupan mereka yang selama ini dikatakan hidup sebagai ‘suami isteri’.
4. Lain pula halnya dengan kes gay durjana yang lebih memeranjatkan kita dengan keberanian dan kelakuan tingkah laku mereka di tempat awam di mana dengan beraninya mereka cuba mengurat dan menggoda seorang lelaki di Taman Tasik Permaisuri. Malah pasangan itu juga dikatakan bertindak agresif ke atas lelaki tersebut yang menegur dan enggan melayan karenah mereka.
5. Kedua-dua kes ini sekali lagi mencerminkan kepincangan dan tahap keruntuhan akhlak yang begitu serius dalam masyarakat kita. Ianya muncul di kala kita masih belum pulih sepenuhnya dan sedang mencari jalan penyelesaian untuk menangani pelbagai masalah sosial yang sedang melanda masyarakat kita seperti kes pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, anak gadis melarikan diri dari rumah mengikut teman lelaki, gejala merokok di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah serta lain-lain isu sosial peringkat nasional.
6. Ternyata peredaran zaman dan dunia tanpa batasan semakin meragut nilai-nilai murni dan adapt ketimuran yang kita banggakan selama ini.
7. Kekurangan didikan agama, kepincanagn rumahtangga mahupun keluarga serta pergaulan bebas dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada penularan gejala songsang sebegini dalam masyarakat kita.
8. Oleh yang demikian, masyarakat tidak boleh menganggap isu ini sebagai kes terpencil lantas tidak mempedulikannya. Kita tidak boleh membiarkan gejala ini terus berleluasa dalam masyarakat kita.
9. Tindakan segera perlu diambil bagi memperbetulkan dan menyedarkan individu-individu yang terlibat dalam gejala ini. Pihak ibu bapa dan kaum keluarga di samping jabatan agama, kementerian yang terlibat serta pihak penguatkuasa perlu bergabung tenaga dan idea bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.
10. Masyarakat juga perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dengan bertindak menegur ataupun paling tidak melaporkan kes-kes sebegini jika berlaku di kawasan perumahan dan kejiranan masing-masing. Kita perlu sedar bahawa tindakan kita yang menutup mata dan memekakkan telinga ataupun tidak mengendahkan apa yang berlaku disekeliling kita adalah suatu perbuatan bersubahat.
11. Tiada salahnya kita menjaga tepi kain orang dalam hal sebegini asalkan niat kita adalah betul dan ikhlas untuk menolong mereka yang semakin terpesong. Tindakan berdiam diri kita adalah lebih teruk berbanding kelakuan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab setiap seorang daripada kita untuk membantu membendung gejala ini.
12. Justeru marilah kita sama-sama berganding bahu menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjerumus dan terpalit dengan pelbagai gejala sosial yang jelas merugikan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment