No siri: 011
No matrik: 14021165
Nama: Siti Zuraida
Binti Mukhtar
Mahligai yang dibina
atas dasar cinta pastinya mempunyai impian yang ingin dilaksanakan. Berjanji
sehidup semati, mengharungi dugaan bersama. Alam perkahwinan terlalu banyak
perbezaan dengan alam percintaan. Ketika pasangan dilamun cinta, semuanya
indah. Umpama dunia ini hanya milik berdua.
Jodoh dan ajal pertemuan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya merancang
Dia lebih mengetahui segalanya. Persefahaman serta perbincangan amatlah penting
antara pasangan suami isteri. Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara
remeh. Berpunca daripada sedikit lama-lama jadi bukit. Akhirnya pelbagai
masalah yang akan memberi kesan kepada rumahtangga yang dibina.
Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap
isu yang menjadi punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan
sebagai pasangan suami isteri.
Jadikan punca
permasalahan ini sebagai rujukan agar anda tahu bagaimana cara boleh
mengelakkan ia daripada berlaku.
1.Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan
perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana
setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri
dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai
negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2.Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu
mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang
rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi
oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3.Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak
ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini
suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani
mengeruhkan lagi keadaan.
4.Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar
menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia
sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya.
Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5.Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan
persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk
bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah
seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang
gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6.Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup
berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca perceraian
kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya
dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta
perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau
berpendapatan kurang daripada isteri.
7.Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan.
Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan.
Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga
sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan
pasangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment