Nama : Siti Nor Liayana Bt Mohd Nazri
No Matrik : 14021160
No Siri : 047
Gambar
hiasan
Semangat kejiranan
adalah sangat pentingdalam membantu
masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian
mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita
sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah
yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang
ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di
kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada waktu malam . Aktiviti ini perlu melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu
menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,
hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi
perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu
menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan
mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat
berbilang kaum yang wujud di negara ini . Setiap masyarakat sesebuah negara itu terbentuk
daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah.
Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan
nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah
yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat
ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus
bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
No comments:
Post a Comment