Friday, January 27, 2017

YOUTUBE DAN FACEBOOK MEDAN MENGENALI ULAMA

Ditulis Oleh : Nur Farah Idayu Binti Hassan
No Siri : 028 | Matrik : 14021215

            Islam adalah satu-satunya agama yang syumul. Ia merupakan cara hidup manusia yang meliputi semua aspek kehidupan duniawi da nalam akhirat seperti bab akidah, mu’amalat, kaedah ekonomi mengikut syarak, pernikahan serta kepercayaan, alam ghaib dan sebagainya berpundukan Al-Quran dan As-Sunnah.

            Penggunaan media baharu seperti Facebook, Youtube, Twitter, Blog dan sebagainya, merupakan suatu lembaran interaksi antara manusia dengan manusia seluruh pelusuk dunia dengan perantaraan internet ini menuntut setiap individu muslim agar menjadikan ia sebagai medan dakwah yang berkesan dan cara penggunaan yang tidak melampaui batas agama.

            Ketandusan ilmu agama dalam kalangan masyarakat ini menjadikan mereka menagih khidmat, pandangan, serta penjelasan para alim ulama yang mahir dalam semua bidang sehingga ia berlandaskan syariat Islam agar segala perbuatan, perlakuan, dan pekerjaan dapat membezakan etika individu muslim dari yang lainnya. Secara umumnya Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah s.w.t secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith Nabawi s.a.w dengan sempurna.

            Di samping itu, dengan bimbingan daripada para ulama sekaligus dapat mendekati mereka serta dapat merubah landskap muslim bertaqwa yang patuh dengan suruhan dan larangan Allah. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 43 bermaksud : “ Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir ( ulama ) seandainya kamu tidak mengetahuinya”. Oleh yang demikian, Youtube dan Facebook adalah medan alternatif bagi mengenali ulama masa kini. Ini kerana fenomena media baharu ini memberi impak yang sangat besardalam dunia ilmu. Antara nama besar dalam fenomena ceramah agama Youtube seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Dr.Zakir Naik dan sebagainya, manakala di laman Facebook pula seperti Ustaz Zaharuddin, Imam-Imam Muda, Nouman Ali Khan dan sebagainya. Mereka telah memainkan peranan yang amat besar kepada masyarakat dalam menjelaskan, menjawab persoalan serta mengupas isu-isu, kaedah, dan hal-hal berkaitan agama Islam.
            Justeru, kemunculan media baharu ini sedikit sebanyak merubah landskap penerapan ilmu kepada seluruh masyarakat terhadap agama yang mana cara pengamatan dan pemahaman lebih mudah agar generasi celik ilmu pada masa akan dating lebih terkesan dengan pembangunan umah sekaligus dapat mendidik hati-hati supaya lebih dekat dengan Pencipta melalui perantaraan ulama. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “ Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Maka barangsiapa yang mengambil ( warisan ilmu ) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna”. ( Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah ).
            Maka, mengenali ulama adalah perintah khusus kepada mengenali Islam supaya keindahan dan kecantikan pada agama dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat lantas mencontohi tatacara hidup Rasulullah s.a.w serta mengikut acuan Al-Quran. Keharmonian ummah akan dicapai apabila melalui kebergantungan manusia terhadap Rabbul Izzah, Tuhan sekalian alam yang mencipta Islam sebagai agama yang syumul. Oleh itu, kehidupan sebagai seorang muslim kini dalam era teknologi menjadikan mereka mahir dalam alam siber seperti penggunaan media baharu di mana ia dapat melatih seseorang menjadi pendakwah siber melaluinya. Pengguna Youtube dan Facebook mampu menggunakan medium ini sebaiknya dengan perkongsian mudah dengan hanya menekan butang share.
            Perkongsian ilmu daripada para ulama Islam ini lebih dipermudahkan dengan pautan video atau perkongsian status dikelaskan mengikut bab dan persoalan mengenai hal-hal tertentu. Dengan itu, masyarakat boleh mencari dan memilih tajuk-tajuk yang menjadi persoalan disamping mengenal para ilmuwan Islam seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *