Friday, January 27, 2017

PERILAKU KERUNTUHAN AKHLAK / MORAL Keganasan

Ditulis oleh :
Norfarahah bt che ibrahim
No.siri : 042

Pendahuluan
Satu perkara yang amat menyedihkan apabila Islam, yang daripada segi bahasanya turut membawa maksud kesejahteraan dianggap agama yang sinonim dengan keganasan. Apatah lagi apabila umat Islam sendiri membuat tanggapan sebegitu. Malah ada yang menganggap Rasulullah s.a.w menyebarkan Islam menggunakan mata pedang. Sesungguhnya, ini adalah satu fitnah yang amat dasyat, sebahagian daripada strategi musuh-musuh Islam menghilangkan minat orang bukan Islam untuk mendekati agama ini disamping menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka sendiri. Iran, Libya, Sudan,Syria, Korea Utara dan Cuba disenaraihitamkan sebagai negara-negara penaja keganasan oleh Kongress Amerika Syarikat. Empat daripadanya negara Islam.

Peniupan Propaganda
Media massa dan dunia hiburan menjadi senjata utama musuh-musuh Islam. Filem Executive Decision dan The Siege merupakan dua contoh terbaik. Executive Decision memperihalkan tentang pengganas fundamentalis Islam yang merampas pesawat terbang. Adegan solat, wudu' dan azan jelas digambarkan dalam filem The Siege. Kenneth R. Timmerman pula menulis artikel mengenai Osama bin Laden yang bertajuk This Man Bankrolls Terror dalam Reader's Digest Ogos 1998.

Islam Dijadikan Kambing Hitam.
Ada pula aktiviti keganasan yang kesalahannya sengaja diletak pada umat Islam. Umat Islam dijadikan kambing hitam oleh pihak-pihak barat sekiranya pengganas sebenar tidak dijumpai. Dengan jatuhnya Kesatuan Republik Sosialis Soviet, maka Amerika mencari pihak lain untuk dijadikan musuh utamanya..
Satu contoh terbaik ialah apa yang menimpa Osama Bin Laden. Osama sebenarnya  adalah seorang tokoh yang banyak mengorbankan harta dan nyawanya untuk Islam. Mereka yang pernah bertemu dengannya amenganggap dia seorang yang lemah lembut dan bersopan-santun. Osama, meskipun seorang jutawan, sering menghabiskan masanya di gua-gua Afghanistan,            bukannya di istana-istana mewah. Apabila Russia menawan Afghanistan pada 1979, Osama membantu tentera mujahidin disamping membawa masuk beribu-ribu orang Arab dari Saudi untuk berjihad menentang Soviet.


Justifikasi Keganasan
Kita harus melihat latar belakang umat Islam masa kini dan dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Bosnia Herzegovina, Kosova, Chechnya, Algeria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Eritrea dan Myanmar dan lain-lain mengalami penderitaan yang amat dasyat. Anak-anak dibunuh, isteri diperkosa dihadapan mata, tanah-tanah dan hak mereka dirampas sesuka hati, ladang-ladang mereka dimusnahkan, masjid-masjid dicalit najis, hendak beribadah amat sukar, kampung halaman dibakar. Survival akidah dan bangsa mereka juga melalui cabaran yang hebat. Hasilnya,ada diantara mereka bertindak balass dalam keadaan yang serba kekurangan. Maka tertubuhlah skuad-skuad penyerang berani mati seperti di Palestine yang sememangnya amat tertindas dan tertekan di bawah penguasaan rejim Yahudi
Dalam tekanan sedemikian, mereka tiada tempat untuk meminta pertolongan. PBB menjadi boneka mainan kuasa-kuasa barat. OIC sekadar conference yang tidak menyusul dengan tindakan. Maka dalam keadaan sebegitu rupa, mereka perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dunia. Demi menyatakan penderitaan mereka kepada masyarakat dunia. Keganasan dalam keadaan tertentu boleh diterima (Terrorism under certain circumstances can be justified).

Islam Agama Keamanan
Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi pengganas. Malah umat Islam perlu menghormati musuh yang hendak berdamai. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam ayat 8, Surah Al-Mumtahah :
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusirmu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."

Kesimpulan

             Islam bukanlah agama keganasan, malah agama yang amat menganjurkan kasih sayang sesama manusia. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk terus memainkan isu ini dari masa ke semasa.. Untuk itu, umat Islam perlulah menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian  nama Islam itu sendiri dan mencari jalan yang penuh berhikmah untuk mencari penyelesaian atas krisis-krisis yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *