DITULIS
OLEH : Muhamad Aizad Bin Mazlan
NO.MATRIK
: 14021095
NO. SIRI :104
Sedekah bagaikan pohon yang selalu disiram hingga berbuah yang
subur, begitupun manfaatnya dapat membawa keharmonian dan rezeki yang terus
mengalir.
SETIAP manusia sudah dijamin
rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya wang ringgit tetapi pengertiannya sangat
luas sekali baik kesihatan, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang
baik.
Ada yang selalu mengeluh terhadap keadaan ekonomi kesehariannya,
kerana sudah membanting tulang kesana-kemari mencari rezeki tetapi belum juga
merubah nasibnya.
Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu adalah cubaan
serta rintangan agar menjadikan diri kita lebih bersabar dan terus berusaha.
Teruslah berusaha kerana setiap kesuksesan pastinya memerlukan
kerja keras yang terus-menerus.
Bersikap redho dan bertawakal agar Allah SWT. memberkati segala
yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki
untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka
buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.
Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan
keperluannya. Perhatikan firman Allah berikut ini:
“Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan
mencukupkannya (memelihara). Sesungguhnya Allah menyampaikan urusan-Nya.
Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (QS
At-Taalaq: 3).
Namun taukah anda bahawa sikap memberi atau bersedekah mempunyai
kelebihan dalam urusan mencari wang. Bahkan dapat membuka pintu rezeki lebih
luas, kepada mereka yang melakukannya.
Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki
seseorang hamba.
Allah berfirman sebagai berikut:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan
Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap
tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS
Al-Baqarah : 261).
Tertarikkah anda dengan janji Allah tersebut? Pastinya lah...,
semua orang ingin hidup senang; mempunyai rumah yang luas, bermobil mewah,
memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negeri .
Naun fenomenanya kehidupan masyarakat ada yang rendah ada juga
diatas rata-rata. Tujuan kita hidup bukanlah untuk memenuhi nafsu tetapi kita
perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.
Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita, maka gunakan
kesempatan itu untuk melihat keindahan dari ciptaan Allah. Sebenarnya masih ada
lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah karuniakan itu, untuk
membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain
yang perlu dimanfaatkan.
Bersifat individualistik melambangkan seorang itu berhati kikir,
sukar didekati dan orang banyak tidak menghormatinya.
Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang
diterapkan dalam diri kita.
Sabda Rasulullah:
“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat
Muslim).
Dengan memberi tanpa pamrih dapat menjadi pembersih harta kita.
Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Allah berfirman:
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian
mereka tidak mengharapakan sesuatu yang
dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti
(perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Allah. Tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah
al-Baqarah ayat 262).
Apabila bersedekah, kita harus diiringi dengan perasaan gembira dan
tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya
berusaha menyumbang tenaga dan fikiran untuk mengajak orang sekeliling
melakukan kebaikan. (Amar ma'ruf nahi munkar)
Rasulullah berkata dengan sahabat,
iaitu:
“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata:
Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu
untuk menghasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab:
“Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah semampumu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab:
“Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi
menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Setidak-tidaknya, gerakkan diri kita bersedekah kepada ahli
keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.
Menurut Ust. Miftahuddin sedekah dapat dibawa hingga mati.
“Rasulullah bersabda : “Apabila mati anak Adam maka terputuslah
amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang
soleh yang mendoakannya untuknya.”
“Dari hadis tersebut membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan
sebelum mata tertutup selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah
untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap
sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada
anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.
No comments:
Post a Comment