Ditulis oleh: Nor
Sholiha Bt Mohd Amin
No Matrik:
14021128
No siri: 006
Islam agama yang mengembalikan
kemuliaan wanita yang telah dianggap rendah oleh masyarakat terdahulu. Mereka
menjadikan wanita sebagai hamba, pemuas nafsu dan lain-lain. Allah memuliakan
manusia terutamanya mereka yang beriman dari kalangan lelaki dan wanita.
Kemulian ini perlu dijaga agar tidak tercemar dan mendorong ke arah
kemungkaran.
Sering kali kita melihat wanita
tidak menjaga dan menutup aurat di khalayak ramai. Meraka menyangka dengan
memakai tudung dan menutup aurat adalah perkara yang sama. sedangkan dua
perkara tersebut adalah berbeza.
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian
Islam Kontemporari ( ACIS ), Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Shah Alam, Dr
Mohd Afandi Mat Rani menjelaskan ulama telah bersepakat menyatakan aurat
bermaksud celaka. Ini kerana mendedahkan aurat boleh membawa kecelakaan,
kerosakan, dan memalukan. Orang yang tidak menutup aurat adalah tidak sopan dan
sangat buruk kelakuannya. Kerana inilah golongan lelaki perlu menundukkan
pandangannya daripada melihat wanita. Aurat dan maruah amat berkait rapat
kerana maruah adalah lambang ketinggian nilai seseorang manusia. Jika maruah
seseorang tercemar maka nilai dan harga diri seseorang itu tidak ada lagi.
Kesilapan Wanita Semasa Menutup Aurat
Cara menutup aurat bagi wanita
adalah meliputi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan manakala bagi
lelaki ialah dari bawah pusat hingga tumit kaki. Pakaian yang dipakai juga
sebaiknya tidak nipis dan tebal serta longgar sehingga tidak ketat agar
terhindar daripada terlihatnya bentuk tubuh kita. Tidak boleh memakai
wangi-wangian yang kuat baunya bagi wanita kerana haram baginya jika seorang
lelaki tercium baunya. Pakaian yang dipakai oleh wanita juga tidak boleh
menarik perhatian dan menjolok mata serta tidak boleh menyerupai pakaian orang
kafir.
Sifat malu adalah perhiasan wanita yang sangat berharga. Nabi
Muhammad SAW menyifatkan malu adalah sebahagian daripada imam. Antara tanda
hilangnya iman ialah dengan hilangnya perasaan malu. Jika salah satu
ditinggalkan maka kedua-duanya akan hilang.Menutup aurat mempunyai banyak
manfaat kepada kita antaranya ialah membuat tubuh badan berasa nyaman dan
selesa kerana apabila pakaian kita longgar maka kulit kita dapat merasai angin
yang menghembus yang membuatkan kulit kita sihat. Dengan adanya pakaian yang
sopan dan menutup aurat, bentuk badan seseorang tidak dapat dilihat. Dengan ini
dapat menghindar dari ganguan dan pandangan lelaki yang bukan mahram. Selain
itu, kita juga akan sentiasa yakin dan percaya diri dengan penampilan yang
menutup aurat dan sopan.
Pemakaian seseorang dapat
mencerminkan imannya. Allah memuliakan wanita dengan menamakan surah Al-Nisa
dalam Al-Quran yang membincangkan tentang wanita. Insyaallah dengan menjaga
diri dan maruah dapat mempamerkan keindahan dan kecantikan hati kita.
Insyaallah….
No comments:
Post a Comment