Sunday, January 15, 2017

Apakah mendengar muzik itu salah atau satu ibadah disisi islam ??

Ditulis oleh: Siti Maisarah Binti Ishak no.siri: (025)

  
    Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamualaikum w.b.t. , ingin penulis  kongsikan sedikit pengisian yang mungkin dalam kalangan kita alpa,lupa,buat2 lupa atau kurang pasti mengenai kesenian dalam islam yang mana kesenian ini terbahagi kepada tujuh kesenian. Antaranya ,senikhat,seni bina, seni suara ,seni muzik,seni ukir dan lain-lain. Bidang  seni yang penulis ingin bicarakan adalah “ seni muzik” . Benarkah islam mengharamkan “ muzik ”??

     Islam tidak mengharamkan muzik itu secara mutlak, tetapi memberikan garis panduan agar muzik itu tidak disalahgunakan. Penulisan – penulisan fiqh klasik membahagikan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram dan yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian , kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik , tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri, dan lupa Allah ??. ataukah ia membawa si pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan tingkatkan  ketakwaan kepada Allah,. Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus . Hukum asalnya, menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetik, dipukul, digesel,ditiup atau selainnya. Yang mengharamkan atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak , lagu dan irama.

     Kadangkala alat muzik yang dimainkan dengan iringan penyanyi yang keterlaluan perlu diteliti terdahulu. Dalam hubungan ini ,selain dari bentuk rentak , lagu dan irama juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang menggairahkan , meransang nafsu dan syahwat , hatta lupa diri pada ALLAH , ia tidak diharuskan. Begitu juga lrikik lagu yang lucah, memuji Sesuatu yang haram , mengagungkan syaitan dan syahwat dan cinta berahi yang keterlaluan , ungkapan- ungkapan yang syirik dan kufur, lirik2 yang becanggah dengan semangat syariat  maka hulumnya Haram.

     Terdapat dalil yang membuktikan bahawa sesuatu muzik itu dihukumkan haram berdasarkan ciri yang telah diperkatakan dan ditafsirkan para ulamak mengenai muzik dan lagu ini adalah :sepotong ayat al –quran ada menyebut tentang menyesatkan manusia dan disebut dengan( lahwal hadith). Yakni dalam surah Luqman , yang boleh disimpulkan oleh ulama sebagai ayat yang mengaharamkan nyanyian dan lagu.  Yang bermaksud : (( Dan diantara manusia ( ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan  manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok – olokan. Mereka itu akan memperolaeh azab yang menghinakan . Surah Luqman : 6 )).

      Selain dari sifat muzik, rentak ,irama, lirik, cara dan perlakuan si pendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlaluan yang melampau ,ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum “harus “ kepada hukum “ haram “. Ia telah termasuk perbuatan sia –sia dan boleh mendatangkan kesan –kesan yang negatif.  Pendengar akan terggoda , terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan seni kata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.

       Keadaan hukum harus mendengar muzik, nyanyian dan menonton ersembahan penyanyi dapat disimpulkan seperti berikut: hendaklah mendengar muzik , nyanyian dan menonton persembahan itu liriknya dan lagunya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotic seperti rentak ‘ march’. Disini dapat kita lihat pada peristiwa penghijrahan Nabi S.A.W. dari kota mekah ke madinah , baginda Nabi Muhammad S.A.W.  disambut dengan paluan kompang dan rebana dan ia adalah sebahagian dari alata muzik. Antara majlis yang dibenarkan bermain muzik  ialah muzik dalam nyanyian keluarga , majlis perkahwinan, perangsang dalam peperangan, dan muzik yang mengikut pancaindera untuk mengingati Allah seperti dalam zikir ahli sufi. Selain itu, dapat meniupkan rasa keinsafan , mengenan kebesaran Allah dan menuju ketakwaan  kepada Allah. Mendengar muzik nyanyian ini dan menonton perembahan yang rentak irama lagu dan liriknya dapat menenangkan jiwa, menghilangkan tekanan perasaan,  mengenyahkan kebosanan serta mengemblikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi. 

 Adakah mendengar muzik itu boleh dikatakan satu ibadah ??
Untuk menjadikan semua perbuatan boleh dikira sebagai ibadah ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
1.      Perbuatan itu diterima syarak
2.      Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3.      Perbuatan itu dilakukan ikhlas keranaNya
4.      Perbuatan itu dilakukan oleh muslim

    Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan  dengan rentak , irama, lagu dan liriknya , selagi memenuhi empat syarat diatas ia boleh dikira sebagai  ibadah dan mendapat pahala. Sekiranya tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia-sia  dan dilarang dsisi syarak.

Sekian sahaja dari penulis dan moga bermanfaat kepada semua ,terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *