Friday, January 27, 2017

JIHAD BUKAN PENGGANAS

NAMA            : NUR AINAA BINTI MOHD ZULFAQAR ALI
NO. SIRI         : 008

     Dewasa ini, agama Islam seringkali didakwa dan dikaitkan dengan keganasan. Dakwaan dan tohmahan ini timbul kerana perilaku segelintir individu Muslim dituduh kononnya melakukan atau terlibat dalam keganasan. Manakala bagi negara-negara umat Islam yang tidak tunduk kepada kuasa Barat telah dilabel sebagai paksi keganasan atau penaja keganasan. Semua dakwaan ini dicipta oleh musuh-musuh Islam untuk menakut-nakutkan masyarakat dunia terhadap Islam.

Ta’rif Jihad
     Jihad adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam me­lakukan sesuatu. Secara keseluruhan jihad bererti mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan ‘berperang’ di jalan Allah SWT dengan jiwa, harta dan lisan. Ia bertujuan memakmurkan bumi dengan syariat Allah SWT. Namun, masyarakat masa kini sering mengaitkan jihad sebagai ‘mengangkat senjata’ atau berperang.
                                                                                         
Ta'rif Pengganas 
     Hakikat keganasan sebenar ialah perlakuan ganas seseorang terhadap orang lain dengan cara batil, atau dengan kata lain merampas dan mengetepikan hak orang lain dengan pelbagai cara termasuk membunuh dan sebagainya. Jadi, keganasan itu adalah suatu kezaliman yang besar. Oleh kerana Islam seringkali dikaitkan dengan pengganas, maka ta'rif pengganas yang sebenar perlulah diperjelaskan kepada masyarakat umum. Keganasan adalah suatu tindakan yang melampau yang ditentang oleh semua agama. Islam melarang bukan sahaja keganasan di masa aman bahkan keganasan di masa perang. Islam juga mengharamkan perlakuan ganas terhadap orang lain. Apabila adanya mayat-mayat orang Islam yang dikelar atau yang di cincang. Islam mengharamkan kita bertindak balas seperti perlakuan musuh.

Hakikat Sebenar Keganasan
     Apa yang boleh kita saksikan mutakhir ini ialah kekejaman orang-orang Israel terhadap Umat Islam di Palestin. Orang-orang Israel telah menceroboh bumi berdaulat Palestin, merampas tanah, membunuh, dan menghalau Umat Islam Palestin dari tanahair mereka. Tindakan Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya, Britain menyerang Iraq dengan berbagai alasan, menunjukkan sikap angkuh mereka untuk menghapuskan sebuah kerajaan yang diterajui oleh orang Islam. Rakyat Iraq yang sudah cukup tertekan dengan sekatan ekonomi selama ini, terus menderita dengan pencerobohan tentera Amerika dan sekutunya. Saban hari mereka hidup dalam ketakutan. Serangan bom yang tidak mengenal mangsa telah membunuh golongan yang lemah seperti kanak-kanak, perempuan dan orang tua. Inilah hakikat sebenar keganasan yang boleh kita saksikan di abad ini.


     Jelaslah kepada kita bahawa Islam ialah agama yang murni. Islam bukan agama keganasan. Ia adalah agama kesejahteraan, keharmonian dan agama perdamaian. Sebarang tohmahan terhadap Islam sebagai ganas adalah tidak benar sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *