Nama : Siti
Nor Liayana Bt Mohd Nazri
No Matrik :
14021160
No Siri :
047
Ghairah untuk bergaya kadangkala tidak menepati syariat. - Gambar
hiasan
Pada hari ini,
masyarakat kita semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya dan
ekspresi diri termasuk dalam fesyen. Pelbagai idea datang bagi mengembangkan
cara berpakaian dan industri fesyen wanita muslimah turut menerima tempiasnya. Industri
fesyen muslimah semasa semakin berkembang sehingga mempengaruhi penampilan
menerusi pemakaian hijab mahupun pakaian itu sendiri. Hana Tajima, Dian
Pelangi, dan Dino Tokio, merupakan antara nama besar dalam dunia fesyen
muslimah di peringkat antarabangsa. Malah tidak dinafikan ada sesetengahnya
menjadi trendsetter atau pencetus fesyen muslimah hari ini terutama dari aspek
pengayaan hijab yang menjadi ikutan di seluruh dunia. Sungguhpun begitu,
menutup aurat bukan sekadar berhijab atau bertudung, malah merangkumi seluruh
anggota tubuh badan dari rambut hinggalah ke hujung kaki. Perkara ini haruslah
dimbil kira secara keseluruhan kerana menutup aurat itu sebahagian daripada
syariat Islam.
Namun kini, dengan
perkembangan fesyen yang begitu dinamik, hijrah boleh berlaku dalam bentuk yang
lebih mudah. Sekadar mengenakan tudung di atas kepala tanpa menjaga etika
pemakaian cara Islam yang betul sudah dianggap memadai. Tempiasnya kepada aliran fesyen busana
muslimah juga bukan sedikit, malah sekarang ini kita dapat lihat di mana-mana
sahaja kaum muslimah kita berbusana dengan gaya moden. Dengan menutup kepala,
berbaju ketat dan berseluar ketat (legging) juga dianggap sebagai busana
muslimah. Malah pelbagai fesyen busana muslimah yang tampak ranggi,
berwarna-warni, up-to-date dan glamor juga mudah kita dapati di mana-mana. Ia seolah-olah tidak menjadi satu revolusi ke
atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas
kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Malah perkembangan fesyen ini sehingga sampai
kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional dan
antarabangsa. Apa pun perkembangan fesyen muslimah menjadi pilihan terbaik bagi
wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang moden dan
menawan.
Setiap rekaan akan
dilonggarkan di sesetengah bahagian seperti ketiak, punggung, dada, pinggang
dan melabuhkan sedikit di bahagian lengan, tetapi dalam masa yang mempunyai
flow supaya mereka yang menutup aurat ni masih dapat berfesyen. Secara umumnya, pembabitan pereka fesyen
busana muslimah dalam menyediakan pakaian adalah termasuk dalam fardu kifayah
dan adalah lebih baik sekiranya mereka berusaha mengelakkan diri daripada
menyediakan pakaian dan fesyen yang mendedahkan aurat.
“Tidak
salah jika kita ingin mengikut trend samasa, tetapi haruslah patuh syariat.
Bagi saya, tuntutan berfesyen terpulang kepada si pemakai, kerana mereka lebih
tahu sama ada pakaian itu sekadar berfesyen atau sebaliknya,"
No comments:
Post a Comment