NAMA
: AISYAH BT HAZIMAN
NO
SIRI : 013
Pengutusan Rasulullah s.a.w ke dunia merupakan satu rahmat kepada sekelian alam. Baginda bukan sahaja berperanan sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin negara, ketua keluarga, Imam, ketua angkatan tentera dan sebagainya.
Antara
contoh yang boleh kita ambil daripada keperibadian Rasulullah s.a.w ini
ialah ciri-ciri kepimpinan beliau yang unggul seperti berilmu dan bertakwa,
amanah dan bertanggungjawab, adil dan tegas, sentiasa bertimbangrasa,
mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri
sendiri, hidup amat sederhana dan tidak bermewah-mewah.
Ciri-ciri
kepimpinan sebeginilah yang menjadikan diri Baginda Rasulullah s.a.w dikasihi
oleh Allah dan umatnya, malahan Baginda juga dihormati dan disegani oleh
musuh-musuhnya.
Maka
atas sebab-sebab ini lah, Allah Taala menggesa kita supaya mencontohi aklhlak
dan keperibadian Rasulullah dalam diri kita. Firman Allah :
Yang
bermaksud: Sesungguhnya terdapat bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. (secara
keseluruhannya) contoh yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan Allah s.w.t.
dan hari akhirat, dan mengingati Allah dengan sebanyaknya.
(Surah al-Ahzab, ayat 21)
Antara
contoh kepimpinan baginda Rasulullahs.a.w yang boleh kita jadikan iktibar
dalam kehidupan seharian kita ialah :
Pertama : Rasulullah s.a.w Sebagai Seorang Rasul
Sebagai
seorang Rasul, baginda telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam berdakwah
kepada manusia yang seharusnya menjadi ikutan sekelian umat Islam.
Sifat
kesabaran dan ketabahan baginda Ini kita dapat lihat dengan jelas dalam
peristiwa dakwah Rasulullah s.a.w di Taif. Di mana Rasulullah telah
dilontar dengan batu oleh puak bani Thaqif termasuk kanak-kanak, orang miskin
dan juga hamba abdi.
Akan
tetapi Rasulullah s.a.w tetap tabah dalam meneruskan dakwah nya dan
tidak pernah putus asa menyeru manusia mengikuti perintah Allah.
Berkat
sifat cekal dan tabah ini di samping sifat pemaaf baginda terhadap mereka yang
pernah memusuhinya, akhirnya agama Islam berkembang sehingga ke seluruh dunia.
Tepat
lah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah Ali Imran, ayat 159:
Ertinya
: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)
itu.
Kedua : Rasulullah s.a.w Sebagai Pemimpin Negara
Rasulullah
s.a.w. menunjukkan banyak contoh teladan berhubung soal ini. Sebagai seorang
Rasul dan pada masa yang sama sebagai seorang pemimpin dan juga ketua negara,
baginda mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang-orang bawahan
nya, dengan ini secara tidak langsung membuatkan baginda mudah didekati oleh
sekelian manusia.
Sebagai
ketua negara, baginda tidak segan untuk bergaul dengan rakyat biasa tanpa
mengira status sama ada fakir miskin, kanak-kanak atau hamba, Baginda juga
sedia memenuhi undangan para sahabat nya termasuk pembantu rumah. Bahkan dalam
peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali
parit sehingga tubuh Baginda penuh dengan debu dan tanah.
Beginilah
yang sewajarnya keperibadian yang harus dicontohi sebagai seorang pemimpin,
tidak kira sama ada sebagai pemimpin rakyat, ketua organisasi, syarikat dan
sebagainya.
Bahkan
Rasulullah mengajarkan kepada kita sebagai pemimpin, tugas kita bukan hanya
memerintah sahaja, tetapi juga adalah untuk berkhidmat kepada orang lain.
Ini
telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang diriwayatkan
oleh Ad-Dailami:
Yang bermaksud: Ketua sebuah kaum adalah yang sentiasa berkhidmat untuk mereka.
Ketiga : Rasulullah s.a.w Sebagai Pemimpin
Keluarga
Dalam
kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan
yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang ketua keluarga dalam mengurus
rumahtangganya.
Sebagai
seorang suami, Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu
keluarganya, banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti
menjahit pakaian, memerah susu kambing dan sebagainya. Baginda juga akan
menjamu selera apa sahaja makanan yang telah tersedia.
Di
samping itu, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan panduan dan contoh tentang
hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri,
Dalam
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi:
Yang
maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang
apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah
menjawab: Rasulullah s.a.w sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja
rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.
Kewujudan
Rasulullah s.a.w bukan setakat untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli
keluarganya sahaja. Bahkan, kewujudan baginda di rumahnya adalah juga untuk
membantu isterinya menguruskan rumah tersebut. Ini baginda lakukan walaupun
baginda mempunyai banyak tugasan di luar rumah.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Demikianlah
tadi sepintas lalu mengenai kepimpinan Rasulullah s.a.w untuk menjadi
renungan dan iktibar bagi kita bersama.
Maka
renunglah, kita sebagai pemimpin rakyat, keluarga ataupun organisasi, perlu
bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kepimpinan kita selama ini
bersesuaian sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w ?
Sedangkan setiap dari kita yang memperolehi kepimpinan akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.
Marilah
sama-sama kita mengingati pesanan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang
mahsyur bermaksud :
"Setiap
kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu.
Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Seorang lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya
mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan
dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang khadam atau
pembantu rumah adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia
bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan
setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya
No comments:
Post a Comment