ditulis oleh: Noor Syazliyana Bt
Mohd Zani
No.Siri: 09|(14021124)
Islam telah
meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa
kerana kebahagiaan itu bermula dari rumah. ‘rumahku Syurgaku’ adalah
satu wawasan kekeluargaan Islam yang berteraskan ajaran yang dibawa oleh
junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. Rumah tangga itu dikatakan sebagai satu
komponen utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat mesti disempurnakan
melalui piawai yang sesuai dengan ajaran Islam. Untuk menjadikan sesebuah rumah
itu sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti berikut adalah menjadi asas utama di
dalam pembentukan keluarga? Apakah aktiviti itu yang telah menarik perhatian
kita untuk mengikutinya?
Menghidupkan
sembahyang berjemaah. Dalam Islam, amalan yang paling pokok ialah sembahyang.
Sembahyang boleh menjadi ukuran kepada seseorang samada ia seorang Islam yang
sempurna atau pun tidak. Orang yang mengaku dirinya Islam, tidak sempurna
Islamnya jika ia tidak melakukan ibadat sembahyang. Amalan solat secara
berjemaah mesti selalu diamalkan dalam rumah kerana ia dapat melahirkan
perhubungan kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak. Amalan membaca al-quran
bersama di rumah juga penting dalam kekeluargaan. Amalan ini boleh mengukuhkan
lagi keimanan seseorang dan mendekatkan diri kepada Allah serta dapat memberi
ketenangan kepada hati yang gelisah, celaru dan tidak tenteram. Ibubapa juga
boleh memberikan hadiah kepada anak-anak iaitu buku agama dan membaca bersamanya.
Buku agama ini boleh dipilih dari buku-buku yang terkenal dalam pelbagai bidang
seperti sejarah islam, sejarah ulama’, asas-asas fardu ain, ilmu tauhid,akhlak
dan lain-lain yang sesuai dengan umur anak-anak. Dengan cara membaca buku-buku
agama secara tidak langsung boleh menambah dan meluaskan lagi pengetahuan kita
sebagai ibubapa dan menjadi contoh yang baik kepada anak.
Keluarga
bahagia ialah keluarga yang dapat mewujudkan tradisi makan bersama-sama
sekurang-kurangnya sekali seminggu iaitu pada cuti hujung minggu. Makan
bersama-sama antara kesempatan terbaik untuk ibubapa berbicara dengan anak-anak
dan dapat memberi nasihat, menana pendidikan dan memupuk kasih sayang dalam
keluarga ke dalam diri anak-anak. Ibu bapa juga adalah bertanggungjawab untuk
sentiasa mendisiplinkan anak-anak sewaktu makan dengan tidak banyak bercakap
tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah, melarang makan di tempat yang
tidak sesuai seperti ruang tamu, dalam bilik tidur untuk menjadikan rumah itu
selesa untuk didiami. Seelain itu, dalam rumahtangga perlu juga ada suasana
hiburan dan rekreasi dalam keluarga. Ia boleh menimbulkan kesan positif kearah
kesihatan mental dan rohani. Jenis-jenis hiburan mestilah tidak bercanggah
dengan hukum Islam. Aktiviti santai bersama-sama anak-anak seperti rehlah di
pantai, tempat-tempat rekreasi atau lawatan di dalam atau luar negeri mengikut
kemampuan keluarga tersebut. Dengan sendirinya aktiviti yang disebut di atas
dapat mewujudkan kemesraan dalam keluarga. Setiap ibubapa perlu melatih
anak-anak meminta izin atau kebenaran sebelum mereka masuk ke bilik tidur
ibubapa dan memberi salam semasa masuk atau meninggalkan rumah. Dengan
mengikuti semua aktiviti itu maka akan lahirlah rumahku syurgaku seperti yang
digambarkan.
Rujukan:
Asas kekeluargaan Islam oleh Hassan
Salleh. Cetakan DBP 1989
Nota pengajian Islam /edaran
Pensyarah ADTEC Shah Alam
No comments:
Post a Comment