Tuesday, February 28, 2017

DIAM ITU LEBIH BAIK

NAMA: NURUL SUHADAH BT MOHAMED JUHARI
NO.SIRI: 017

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebahkan menerusi media tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu adalah satu fenomena yang bukan sahaja berlaku terhadap golongan selebriti terkenal, ahli politik, usahawan dan sebagainya, bahkan berlaku juga terhadap golongan agamawan atau lebih dikenali sebagai pendakwah dan seumpamanya kerana golongan ini juga tidak terkecuali.

            Terkadang gaya percakapan telah disalah ertikan lantaran perbezaan budaya dan dialek. Lalu dihebahkan kononnya ia merupakan satu kebiadaban kita. Kenderaan yang diguna pakai oleh golongan pendakwah juga tidak terkecuali. Jika seorang ustaz pakai kereta buruk, dicerca dan dihinanya kononnya tidak pandai hendak menjaga standard. Tetapi bila seorang ustaz pakai kereta mewah dikatakannya pula riak dan tidak bersikap zuhud.
            Malah, setiap kali timbul berita-berita yang kurang menyenangkan, maka cepat sahaja individu-individu ini menghebahkannya tanpa menyelidik terlebih dahulu samaada betul atau tidak berita tersebut.

            Sekiranya kita berhadapan dengan cerita-cerita seumpama ini, jalan yang terbaik yang perlu kita ambil ialah dengan berdiam diri dan biarkan saja orang yang menyebarkan cerita tersebut memuaskan nafsunya dan melepaskan geramnya.

            Bagi yang diuji dengan penyebaran berita palsu dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh Baginda s.a.w ialah dengan cara berdiam diri. Ini berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud : “ Sesunnguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (berdiam diri) adalah lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.”
            Sekiranya diri kita pula yang menjadi mangsa fitnah lalu kita membalasnya dengan melakukan fitnah juga, maka tindakan tersebut adalah satu kesilapan besar dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Mungkin kita akan merasa puah dengan jawapan kita dalam twitter, instagram, FB dan sebagainya, tetapi harus diingati sama seperti kekalnya kedegilan kita yang enggan memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain.

            Dalam konteks pembersihan jiwa (tazkiyatunnafs), para ulama ada menasihatkan bahawa terdapat dua perkara yang perlu dilupakan dalam konteks penyucian hati, iaitu kebaikan yang telah kita lakukan untuk orang lain dan kedua, kesilapan atau kejahatan orang lain terhadap diri kita.
            Sekiranya kita berterusan menulis dan mengutuk kesilapan orang lain, maka akan berterusanlah sampai bila-bila kesilapan orang tersebut akan kita ingati. Ini bermakna akan berterusanlah kita bergelumang dengan fitnah tersebut.

            Ingatlah! Walau apa pun “stand” kita dalam budaya hebah menghebahkan ini, kita perlu sedar, setiap perkara yang kita tulis atau kita sampaikan akan dicatat oleh Allah s.w.t sebagai bahan bukti di akhirat kelak. Tanpa mereka sedari perbuatan tersebut menjebakkan mereka dengan pelbagai dosa seperti mengumpat, menfitnah, mengadu domba dan seumpamanya.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *