Ø SITI NURSHUHADA BINTI KMARUDIN
Ø 016
Ø 14021266
Sesungguhnya,
dalam bacaan basmallah (iaitu bismillah) ada keberkatannya. Malah pada
permulaan yang tedapat dalam al-Quran didahului denga ucapan bismillah.
Justeru, sudah selayaknya kita mengikut petunjuk al-Quran kerana AL-Quran ialah
iman dan ikutan kita.
Justeru,
mulakan segala urusan yang baik dan bermanfaat dengan membaca bismillah.
Contohnya, apabila hendak makan, mohonlah agar makanan yang dimakan itu membawa
keberkatan kepada tubuh samada jasmani atau rohani. Dengan keberkatan tersebut,
tubuh badan menjadi sihat, dan jasmani serta rohani menjadi kuat untuk
beribadat kepada Allah.
Rasulullah
s.a.w. menyebut nama Allah sebelum makan, sebagaimana yang terdapat dalam Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim daripada Umar bin Abi Salmah R.A., baginda berkata
kepadaku, yang bermaksud : “ sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan
kanan”.
Rahsia
keberkatan
Persoalannya,
apakah keberkatan disebalik menyebut nama Allah s.w.t? Antara rahsia keberkatan
ucapan bismillah ini dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Muslim, daripada
Jabir. R.a. , beliau berkata : “ aku mendengar rasulullah bersabda yang
bermaksud : ‘ jika seseorang memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah
ketika memasukinya dan ketika dia makan, nescaya syaitan berkata ( kepada
temannya) : ‘ tidak ada rumah dan tidak ada makan malam untuk kamu semua’. Jika
seseorang masuk kesuatu tempat tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata
(kepada temannya): ‘ kamu telah mendapat tempat bermalam.’ Dan jika seseorang
tidak menyebut nama Allah ketika dia makan, syaitan berkata (kepada temannya) :
‘ kamu telah mendapat tempat bermalam’.
Lalu nabi
s.a.w. bertanya : “ mungkin kamu makan sendirian?” Lalu mereka menjawab : “
benar” .
Rasulullah
bersabda bermaksud : “ berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah
, nescaya kamu akan mendapat keberkatan dalam makanan tersebut.”
Makanan yang
sedikit tetapi sekiranya berkat, pasti mencukupi ramai orang. Rasulullah
bersabda dalam hadis riwayat Muslim, maksudnya : “ orang kafir makan dalam
tujuh usus ( banyak) , sedangkan orang mukmin makan dalam satu usus (
sedikit)”.
Jelasnya ,
perbezaan antara orang mukmin dengan orang kafir ialah orang mukmin yang
menyebut nama Allah ketika permulaan makan sehingga keberkatan menyertainya.
Kesan berkat makan tersebut adalah seseorang akan berasa kenyang, kuat dan
sihat.
Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi, daripada Aisyah r.ha, beliau
berkata : “ ketika Rasulullah sedang makan bersama enam orang sahabat ,
tiba-tiba datang seorang Arab Badwi , lalu dia makan- makanan tersebut dengan
dua kali suapan, Kemudian Rasulullah bersabda , maksudnya : ‘ seandainya dia
menyebut nama Allah, nescaya makanan itu cukup buat kamu sekalian.”
Apa akan
terjadi jika anda lupa untuk membaca basmallah??????
Menurut Imam
al-Nawawi , dalam kitab al-Azkar : “Para ulama bersepakat agar disunatkan
menyebut nama Allah. Namun , apabila seseorang itu lupa untuk menyebut nama
Allah pada permulaan waktu makan, sama ada sengaja, lupa, terpaksa, atau tidak
mampu mengucapkannya kerana terdapat halangan lain, dan dia teringat ketika
sedang makan, maka disunatkan baginya untuk menyebut nama Allah dengan
mengucakan :
بسم الله
اوله واخره
Maksudnya :
“dengan menyebut nama Allah awalnya dan akhirnya .”
Hal
ini sebagaimana yang terdapat dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Umayyah bin
Mashiy al-Shahabi , beliau berkata : “ ketika Rasulullah duduk, terdapat
seorang yang makan tanpa menyebut nama Allah sehingga hampir habis makanannya,
iaitu hanya tinggal satu suapan. Ketika dia mengangkat tanggannya untuk
dimasukkan kedalam mulut, dia membaca “ dengan menyebut nama Allah awalnya dan
akhirnya” . kemudian , nabi ketawa dan bersabda , maksudnya : ‘syaitan itu akan
makan bersama-sama , tetapi ketika dia menyebut nama Allah , maka syaitan itu
memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya”.
Sebagaimana
yang disebutkan dalam hadis nabi , maka disunatkan agar membaca bismillah
ketika hendak minum, sama seperti membacanya ketika hendak makan.
Para
ulama berkata : “ dan disunatkan menyebut nama Allah secara jahar (tidak
perlahan) , agar mengingatkan orang lain untuk menyebut nama Allah dalam
perkara tersebut”.
No comments:
Post a Comment