NURUL
HUDA JAANAH BT ISMAIL
014
AQIDAH menjadi tali penghubung yang mengikat antara
sesame manusia yang lebih kuat dari ikatan dan pertalian darah dan
keturunan.Inilah yang disebutkan oleh Allah bahawa setiap orang mukmin adalah
bersaudara dan hubungan mereka seperti susunan batu-bata dalam binaan sebuah
bangunan. Mereka saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain.
Dalam sejarah islam, ia bermula dalam sebuah
masyarakat yang begitu fanatic dan taksub perkauman dan perpuakan.Islam datang
dengan menyatukan seluruh perbezaan darah dan keturunan kepada persamaan
aqidah.Semangat perkauman yang kuat sebelum ini telah luntur akibat kekuatan
iman sehingga para sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah seperti Bilal bin
Rabah dan sahabat imigran dari Yaman seperti Ammar bin Yasir mendapat kemuliaan
standing bangsawan Quraisy.
Kerana
iman yang menjadi asas perpaduan,tidak ada lagi rasa terpisah antara golongan
bangsawan dengan hamba sahaya.Persoalan kelas ekonomi dan sosial telah
diruntuhkan oleh kekuatan iman. Golongan hamba sahaya dan orang miskin yang
selama ini dipandang jijik oleh bangsawan Quraisy Mekah , telah mula mendapat
pembelaan di atas semangat iman sehingga Abu Bakar mengorbankan hartanya bagi
memerdekakan Bilal.
Kita sudah biasa mendengar nama-nama seperti Salman
al Farisi , Suhaib ar-Rumi, Bilal al-Habsyi dan lain-lain yang menunjukkan
mereka bukan berbangsa Arab.Bahkan,di kalangan Ansar wujud Aus dan Khazraj,
manakala tidak kurang juga Bani Israel dari keturunan Qaiinuqak,Queaizah dan
Nadhir yang beriman. Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Muhajirin
dari Mekah dengan hablillah(tali Allah) , sehingga menjadi suber kekuatan dalam
kebangkitan islam.
Inilah kekuatan iman yang bertunjangkan tali
Allah.Apakah tali Allah? Itulah islam ,agama suci yang menjadi cara hidup yang
sempurna untuk manusia. Orang-orang yang telah beriman, diperintahkan oleh
Allah supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jagan berpecah-pecah.Islam
menjadi asas yang menjadi asas menyatukan semua orang beriman.Perbezaan kerana
warna kulit,daerah,status ekonomi,keturunan,bahkan pegangan politik tidak
sepatutnya mengasingkan kumpulan-kumpulan orang yang beriman.
Sebagaimana kita merasai manisnya iman apabila
mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin,Chechen,Kashmir,Bosnia,Rohingya
dan lain-lain,sehingga kita sanggup menghulurkan bantuan ,menyuarakan tuntutan
dan membela nasib mereka,begitulah sepatutnya rasa keimanan berkembang dalam
diri kita.Kita tidak pernah mengenali atau bertemu dengan saudara seaqidah dari
Chechen dan bosnia,tetapi kita menyatakan solidariti . Kenapa?
Hari ini di hadapan kita orang melayu menjadi bangsa
yang beragama islam.Bangsa-bangsa lain seperti Cina,India dan Bumiputera juga
mempunyai minority Islam.Telah lama dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah
penjajah. Islam menyerukan perpaduan semua manusia atas semangat taaruf ,
sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar aqidah
(hablillah).Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’
yang menyatukan iaitu Islam.
No comments:
Post a Comment