Monday, March 13, 2017

Tertutup itu Lebih Indah

Nama: Nurul Aisyah Humaira binti Mazlan
No Matrik: 14021146 /065

Ramai yang takut untuk menutup aurat, kenapanya?

Antara jawapan yang paling orang selalu gunakan ialah, “belum sampai seru” atau “tak tutup aurat tak mengapa asalkan hati baik”. Apa la nasib sayangku, Tak tahu lah nak bagi emogi yang macam mana. Kenapa pula dikata belum sampai seru? sedangkan seru dari Allah itu telah lama diturunkan, Cuma awak tu je yang tak tahu.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nur ayat 31:
“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Berdasarkan Firman Allah diatas, ianya cukup jelas bukan? Jadi, seruan yang bagaimana yang kamu mahukan?
Adakah firman allah ini tidak cukup untuk mengetuk pintu hatimu?
Rasulullah s.a.w bersabda: “bahawa anak perempuan apabia cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergeangan.” Riwayat abu daud.
Ramai yang rasa takut untuk menutup aurat kerana tidak mahu dilabel alim, ustazah atau dikatakan hipokrit.
Sebenarnya kita perlu sedar bahawa,
ΓΌ  Menutup aurat bukan untuk jadi yang terbaik pada pandangan manusia, tetapi untuk jadi yang terbaik pada pandangan Allah.
ΓΌ  Biarlah apa pun pandangan manusia, kerana pandangan Allah lebih diharapkan
ΓΌ  Kita hanya hamba Allah, layakkah kita untuk melanggar perintahnya hanya kerana manusia?

Wahai Wanita,
Wanita itu jauh lebih indah jika dia terlindung,
Jauh dari pandang kotor manusia,

Tertutup itu lebih selamat,
Lebih selamat dari kotoran,
Tertutup itu lebih indah wahai sayangku,
Biarlah apa jua pandangan mereka,
Biarlah apa jua kritikan mereka,
Jika kau mahu kasih sayang Allah,
Maka, ikutilah suruhannya
Mengapa perlu diingkari,
Sedang kita tahu akibatnya nanti,
Tutup hatimu untuk kritikan mereka,
Pekakkan telingamu untuk cacian mereka,
Teruskan berjalan,
Teruskan mencari redho ilahi.


“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka”

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *