NAMA: CHE
MUHAMMAD FIRDAUS BIN CHE ABDULLAH
NO SIRI: 093
NO
MATRIK:14021193
Zaman sebelum
kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan
empangan maghribi sehingga zaman
kedatangan Islam ( 610 M)
Ciri-ciri
masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai
panduan.
Nabi Muhammad
s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti
bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek
kehidupan.
Kepercayaan
masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan
adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa
Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi
lama yang diwarisi.
Kepercayaan
adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian
daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan
agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh
Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan )
yang direka oleh manusia sendiri.
1. Agama Hanif :
Agama yang
diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak
mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang
Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
2. Agama Yahudi :
Agama yang
dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa
serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan
Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi
sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani :
Agama ini juga
telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah
menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah
kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran
ahli kitab.
4. Agama Wathani :
Majoriti
masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang
diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat
memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling
kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
5. Agama Majusi :
Agama ini juga
digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api.
Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini
banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan
anak serta adik beradik.
6. Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah
matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber
tenaga dan kekuatan.
7. Agama Animisme :
Mereka
menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan
pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat
kediaman tuhan yang jahat.
8. Agama Penyembahan Makhluk Halus (
Polydemonisme ) :
Mereka
menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini
dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan
menjamin keselamatan mereka.
9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya
digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud
tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan
berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
No comments:
Post a Comment