Nama:
Nabihah bt Abd Aziz
No matrik:15021361 (080)
No matrik:15021361 (080)
Gejala
keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan para pelajar biasanya berbentuk
kelakuan tidak menghormati guru, ponteng sekolah dan menghabiskan masa di cyber
cafe . Sebilangan kecil pelajar pula terlibat dengan perbuatan merokok,
berpakaian tidak senonoh dan mengadakan hubungan percintaan di antara sesama pelajar ataupun dengan orang
luar.
Semua ini boleh menyebabkan mereka tercicir dalam
pelajaran dan di kawal.
Apabila
gejala-gejala di atas tidak dibendung sejak dari awal, ia boleh bertukar
menjadi perbuatan jenayah yang sangat diperangi oleh Islam. Sikap tidak
menghormati guru dan peraturan sekolah sebagai contoh boleh membawa kepada
tindakan menera pelajar junior, merosakkan harta benda sekolah serta awam
(vandalism) dan memukul guru sendiri.
Perbuatan
merokok pula boleh membawa kepada penagih, pengambilan pil kuda, minum arak dan
lumba haram. Untuk mendapatkan wang bagi tujuan berkenaan, mereka kerap kali
melakukan perbuatan ragut, mencuri kenderaan dan pecah rumah.
Manakala percintaan dan pergaulan bebas yang dilakukan
oleh sesetengah pelajar pula kerap kali membawa kepada perbuatan rogol dan
zina. Ini boleh mengakibatkan bertambahnya kes-kes mengandung luar nikah,
kes-kes pengguguran janin dan kes-kes pembuangan bayi di merata tempat.
Gejala
keruntuhan akhlak dan perbuatan jenayah sebegini pada asasnya adalah berpunca
daripada kegagalan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik
(mentarbiyah) dan mengawal (menta’dib) anak-anak yang berkenaan. Ia juga
menunjukkan kegagalan sistem pendidikan Negara dalam melahirkan generasi
pelajar yang bermoral dan berakhlak serta patuh syariat. Sekali gus ia
menunjukkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang Negara yang sepatutnya
berperanan dalam mengawal masyarakat daripada terjebak dengan gejala keruntuhan
akhlak dan perbuatan jenayah.
No comments:
Post a Comment