Nama : Azlinda Bt Nami
No Siri : 073
Menurut Al
Marhum al-Sha’rawi perkataan “aflah” yang terdapat dalam firman Allah s.w.t ini bermaksud beruntunglah. Keuntungan yang
dimaksudkan itu diraih dalam jangka masa yang panjang. Ini disebabkan “aflah”
berakar umbi daripada perkataan falah yang merujuk kepada kejayaan, manakala
falah adalah keiatan pertanian. Jadi sebagaimana petani bersabar atas
panjangnya masa yang diambil untuk menantikan hasil taninya (kejayaan), maka
begitulah juga masa yang diambil oleh seseorang hamba yang beramal soleh dalam
“menanam” sehingga dia mendapat hasilnya di akhirat.
Khusyuknya pula
merujuk kepada patuhan, tunduk dan merendah diri kepada Allah. Ini merupakan
antara maksud seperti yang dijelaskan oleh al-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya
al-Mufradat. Mafhum daripada ayat bahawa orang yang tidak khusyuk
dalam solat tidak termasuk dalam golongan orang yang mendapat kebahagiaan.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “jika kita menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan oleh
Allah, wuduk yang sempurna, tepat pada waktunya serta dilaksanakan dengan penuh
khusyuk, maka Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosa kita. Orang yang tidak
melakukan perkara tersebut tidak termasuk dalam janji Allah. Jika Allah
menghendaki keampunan, maka Allah mengampuninya. Dan jika Allah menghendaki
seksaan, maka Allah akan menyeksanya.” (Riwayat Abu Daud)
Sifat pertama
yang diangkat dari bumi. Huzaifah bin al-Yaman mengingatkan kita dalam
nasihatnya: Perkara yang pertama hilang daripada agama kalian ialah khusyuk.
Manakala sesuatu yang terakhir hilang daripada agama kalian ialah solat, namun
tidak ada kebaikan padanya. Jika kamu masuk ke dalam masjid, kamu pasti orang
yang tidak khusyuk dalam solatnya.”
Seorang hamba
datang kepada tuannya lalu berkata: “Tuan, adakah tuan melihat di mana bekas
makanan kuda?” si tuan menafikan.walau bagaimanapun si tuan pergi menunaikan
solat. Selesai solat, dia berkata: “bekas itu ada di sana” hamba sahaya itu
berkata: “tuan harus megulangi solat kerana dalam solat tuan mencari-cari bekas
tuan yang hilang”
Seorang salaf
berkata: “solat ibarat pelayan yang menunjukkan barang miliknya. Solat yang
tidak khusyuk sama keadaanya seperti pelayan yang tuli, buta, kudung kaki dan
tangannya. Demikian perumpamaan solat yang tidak khusyuk sama dengan sekujur
badan yang tidak sempurna atau dalam aspek lain, solat yang tidak sempurna seumpama
badan yang kehilangan rohnya. Adakah seseorang lelaki ingin berkahwin dengan
seorang wanita yang telah meninggal dunia? Walau bagaimana cantik dan baik
indah rupa parasnnya, namun tidak ertinya kerana rohnya tiada dalam diri wanita
tersebut. Demikian Allah Maha Sempuna tidak akan menerima sesuatu kecuali yang
baik. Dan solat akan termasuk kebaikan, jika tidak mempunyai roh.”
Saudaraku
tercinta, solatlah dengan solat yang menemukan dengan zat yang kamu sembah.
Atau railah zat yang kamu sembah kemudian temukan Dia dalam solatmu. Rasulullah
orang yang paling khusyuk dalam solat. Contoh tentang kegembiraan Rasulullah
s.a.w terhadap pertemuan Rasulullah dengan Allah terdapat dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a: “kami sedang bersembang
dengan Rasulullah dengan Nabi s.a.w. apabila tiba waktu solat, baginda
seakan-akan tidak mengenali kami dan kami tidak mengenalinya.”
Kelakuan Nabi
s.a.w seperti ini tentulah menunjukkan kegembiraan hati yang Baginda untuk
Bertemu Allah s.w.t sehingga baginda seolah-olah terlupa manusia
disekelilingnya. Warna kulit beliau berubah menjadi pucat. Isterinya bertanya:
“apa yang menimpamu sewaktu kamu berwuduk?” Ali Zainal Abidin menjawab: “adakah
kamu tahu siapa orang yang ada di hadapanku ketika aku menunaikan solat?”
Seseorang
berkata kepada Khalaf Bin Ayyub: “bukankah lalat sedang mengganggumu saat kamu
sedang solat? Usir lalat itu darimu.” Khalaf menjawab tidak ada sesuatupun yang
boleh merosakkan solatku.” Orang itu bertanya lagi bagaimanakah kamu boleh
bertahan atas hal tersebut. Khalaf menjawab “Aku mendengar cerita bahawa orang
fasiq bersabar berada di bawah pukulan raja hingga orang ramai berkata: ‘Dia
seorang yang sabar’. Sedangkan aku berada di hadapan Tuhanku, adakah aku patut
menggerakkan tubuhku hanya seekor lalat?”
Selain itu,
terdapat kisah seorang ulama’ termulia daripada kalangan tabiin; Muslim bin
Yasar, mengenai khusyuknya solat beliau. Pada suatu hari, beliau menunaikan
solat di masjid Basrah. Tiba-tiba, satu bahagian dinding bangunan masjid
runtuh. Oranng ramai berkerumun ke masjid untuk melihat perkara yang berlaku,
namun Muslim Bin Ysar tidak menyedari bahagian dinding masjid itu runtuh
sehinggalah selesai solatnya.
No comments:
Post a Comment