Sunday, March 12, 2017

Dasyatnya Sifat Jujur

Nama : Azlinda Bt Nami
No Siri : 073

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Taubah ayat 119 maksudnya : “Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar.”
 Abu Saulaiman berkata: “Jadikanlah kejujuran sebagai kenderaanmu, kebenaran sebagai pedangmu, dan Allah sebagai tujuanmu. Pada suatu hari, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi menyampaikan khutbah terlalu lama hingga menyebabkan seorang daripada oraang yang hadir berkata. “ Marilah kita menunaikan solat. Sungguh waktu tidak menunggumu dan Tuhan tidak memberikan keuzuran kepadamu.”
Menyaksikan kebenariannya yang luar biasa itu,al-Hajjaj memerintahkan agar orang tersebut ditangkap. Tidak lama kemudian keluarga lelaki tersebut. Mereka merayu kepada al-Hajjaj agar melepaskan orang tersebut kerana dia penyakit gila. Al-Hajjaj berkata: ”jika dia benar-benar gila, aku akan lepaskan dari penjara.”

Tetapi yang menghairankan, lelaki itu berkata: “Tidak patut bagiku apabila aku menyembunyikan nikmat kewarasan berfikir dan bertindak. Dia mengaku dan berterus terang bahawa dia bukan orang gila: “Alhamdulillah, Allah telah menjauhkan dariku dari sifat gila.” Al-Hajjaj berasa gembira dengan sifat kejujuran lelaki itu lalu membebaskan tanpa mengenakan sebarang tindakan terhadapnya. Begitulah kejujuran seseorang menjadi penyelamat dirinya daripada dipenjarakan dan penganiayaan.  

Alam murka dengan kematian orang beriman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengirimkan pasukan perang dan melantik ‘Asim bin Thabit sebagai panglima. Beliau adalah bapa saudara kepada Umar bin Al-Khattab. Apabila sampai di sebuah daerah antara ‘Asfan dengan Makkah, mereka diberitahu bahawa sekumpulan musuh yang berjumlah sekitar daei 100 orang dari bani Lihyan dengan bersenjata panah senang menjejaki mereka.
Bani Lihyan semakin menjejaki ‘Asim bin Thabit dan pasukannya sehingga mereka melalui sebuah lembah. Dari sana mereka menemui biji kurma dari Madinah.mereka berkata ini biji kurma Madinah. Hambat mereka sampai dapat!” ketika ‘Asim bin Thabit berserta pasuakan bersembunyi di sebuah bukit, bani Libyan menemui mereka dan mengempung tempat itu.pemimpin bani Libyan berkata: “kami berjanji jika kalian turun dari bukit itu, maka kami tidak akan membunuh sesiapa pun.”
‘Asim bin Thabit itu berkata; “kami tidak akan mematuhi perdamaian dengan orang kafir.” Kemudian ‘Asim bin Thabit berdoa “Ya Allah khabarkanlah keadaan kami ini kepada NabiMu.”. Akhirnya bani Libyan menyerang ‘Asim bin Thabit dan tujuh orang orang muslim dengan anak panah sehingga mati syahid. Mereka membawa jasad ‘Asim bin Thabit untuk dipersembahkan kepada rakyat mereka sebagai membalas dendam kerana beliau ialah membunuh salah seorang dari pembesar orang kafir dalam perang Badar.

Allah menguruskan dan mengutuskan pertolongan kepada ‘Asim bin Thabit dalam bentuk sekumpulan lebah untuk melindungi jasadnya. Orang kafir tidak mampu melakukan apa-apa pun terhadap jasad ‘Asim bin Thabit. Ibnu Ishaq menyatakan: “Dahulu ‘Asim bin Thabit memohon kepada Allah agar kaum musyrikin tidak dapat meyentuh tubuhnya untuk selama-lamaya. Allah telah menjaga agama Allah, maka Allah pun menjaga dirinya, kerana kejujuran beliau terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya, semua makhluk murka pada hari kematiannya sekumpulan lebah datang pada waktu siang untuk melindungi jasadnya. Hujan lebat turun pada waktu malam untuk menyelamatkan jasadnya daripada diapa-apakan. Tidak ada satu orang musyrikpun dapat menyentuh. ‘Asim bin Thabit telah menguburkan impian musuhnya-musuhnya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *