Monday, March 13, 2017

KONSEP JIHAD DALAM ISLAM

Nama: Nabihah bt Abd Aziz
No matrik:15021361 (080)

          Untuk lebih menjiwai konsep jihad di dalam islam, beberapa unsur yang berkaitan hendaklah difahami dengan lebih mendalam iaitu konsep hijrah, perjuangan dan pengorbanan.

          Hijrah bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, jiga membawa maksud perpindahan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain.

          Menurut hadis Ibnu Abbas r.a, katanya : Pada hari pembukaan Kota Mekah Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“ sudah tidak ada hijrah selepas pembukaan kota mekah (iaitu hijrah yang diwajibkan untuk ke Madinah), yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta untuk keluar berjihad maka keluarlah “. (H.R Muslim)

          Dalam konteks hari ini jihad dikaitkan dengan hijrah dari aspek kesungguhan dalam melakukan perubahan dari satu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik di sisi agama.
Perjuangan pula dalam konteks semasa sangat berkait rapat dengan jihad yang umum. Ia tidak hanya tertumpu pada aspek perjuangan bersenjata. Malah semua kelengkapan jihad yang digunakan oleh umat islam dalam berjihad merupakan bentuk-bentuk perjuangan yang sangat luas.

Pengorbanan pula adalah inti pati kepada setiap jihad dan perjuangan. Ini adalah kerana jihad dan perjuangan menuntut pengorbanan yang tidak sedikit sama ada dari sudut material, fizikal, rohani, jiwa mahupun masa. Semakin tinggi pengorbanan yang dilakukan, semakin tinggi kedudukan orang yang berjihad itu di sisi Allah S.W.T . Justeru itulah berjihad dengan hati tanpa tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

 “ Sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya dengan tangannya (kuasa), jika masih tidak berdaya, hendaklah ia bertindak mengubah dengan lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubah dengan hatinya, dan itu merupakan iman uang paling lemah”. (H.R Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *