Sunday, March 12, 2017

Kerakter pelayar muslim di alam maya

Nama : Azlinda Bt Nami
No Siri : 073

Melihat kepada teknologi maklumat dan kemunikasi (ICT), secara umumnya ia boleh difahami sebagai kumpulan teknologi yang berkaitan dengan maklumat dan komunikasi. Salah satu daripada teknologi ini ialah internet yang begitu sebati dengan hidupan manusia masa kini.

Secara umumnya hampir setiap muslim masa kini, khususnya di negara kita tahu tentang internet dan menggunakannya, samada secara kerap ataupun berkala. Soalnya sejauhmana kita dapat memisahkan diri daripada internet dewasa ini? sejauh mana kehebatan internet itu penting dalam hidupan kita? Inilah persoalan yang boleh direnung bersama.

Jawapannya bergantung kepada keadaan diri masing-masing. Ada antara kita meletakkan internet sebagai elemen penting dalam melaksanakan aktiviti seharian, samada yang berkaitan dengan kerjaya mahupun peribadi.

Mungkin ada yang merasakan melayari internet itu umpama berada dalam satu suasana yang berlainan dengan dunia fizikal atau nyata. Pelbagai maklumat yang dicapai, berkaitan bidang dan topic yang diminati, isu semaasa, berita dan peristiwa. Samada yang berkaitan dengan isu tempatan, nasional ,mahupun global, kini semuanya boleh dan mudah didapati di alam maya.

Layari dengan iman, namun harus diingat, apa-apa kegiatan dan pengalaman yang dicipta dan dilalui di internet bukan khayalan maya. Ia sesuatu yang benar-benar selari dengan dunia sebenar. Aktiviti di alam maya adalah hasil tindakan yang nyata dan dilakukan oleh manusia.
Oleh sebab itu, ada tanggungjawab dan tuntutan yang perlu dijaga sebagai seorang muslim tatkala melayari internet. Beberapa panduan umum dapat digariskan di sini sebagai peringatan apabila memanfaatkan internet, terutama dari aspek maklumat dan kemunikasi.
Pertama perkara yang paling utama dan asas, layari internet dengan iman didada. Maksudnya, kegiatan dan aktiviti hidup lain, iman harus setiasa memandu segala tindak-tanduk orang islam. Iman yang teguh akan tulus akan terpancar melalui tindakan yang dilakukan. Kepercayaan krpada Allah dan kepundukan kepada-Nya perlu berada dihati setiap masa meneroka alam maya. Kita percaya dengan kuasa dan sifat Allah; maha mengetahui, maha mendengar, maha melihat dan maha mendengar, tiada satu perkara pun yang terlepas daripada pengetahuan-Nya.
Seterusnya, “tutur bicara” di internet juga harus dijaga sepertimana berbicara besrsemuka. Akhlak dan ibadat dalam bermuamalat dan berinteraksi perlulah ada, sesuai dengan tuntutan islam. Ini termasuklah budi bahasa yang menjaga hati dan perasaan orang lain apabila berkomunikasi.
Mungkin juga, dek kerana orang yang menjadi lawan bicara itu tidak berada depan mata, maka bahasa yang kasar dan kesat itu kebuh mudah meniti di jari-jemari, lalu terpapar untuk tatapan semua. Ini ditambah pula penggunaan nama samaran untuk menutup identiti si pembaca.
Fitnah dan kepalsuan mestilah dielakkan sama sekali, kesasihan sesuatu perkara harus dipastikan sebelum dikongsi dengan seluruh dunia. Begitu juga, batasan pergaulan antara kaum adam dengan hawa mestilah dijaga walaupun dalam internet.
Gaya dan lenggok bahasa seta foto dan vedio yang digunakan perlulah mengambil kira kriteria yang telah digariskan oleh syariah. Pendek kata, perkataan, ayat, gambar, audio dan vedio yang digunakan sama ada untuk interaksi dengan orang lain, berbicara tentang orang lain, ataupun tentang diri sendiri, haruslah beradab dan selari dengan akhlak dan tutur bicara islamik yang menjaga maruah dan keharmonian diri, samada diri sendiri atau orang lain. Sepertimana yang disebutkan di atas bahawa Allah s.w.t. maha mengetahui dan para malaikat pula merekodkan dan mencatat perkara yang kita lakukan dan bicarakan.

Potensi teknologi internet sentiasa diterokai bagi mencipta pelbagai kegunaan untuk umat manusia mungkin akan muncul pelbagai cara dan kaedah untuk manusia memanfaatkan ruang siber maya itu. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, dalam mencari maklumat, berinteraksi dan berkomunikasi, pelayaran di internet mestilah dikemudi sebaiknya dengan kemudi islam agar ia tidak tersasar daripada hala tuju yang di redhai Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *