Monday, March 13, 2017

INSTITUSI KEMASYARAKATAN DALAM ISLAM

Nama: Nabihah bt Abd Aziz
No matrik:15021361 (080)

Hubungan sesama insan adalah penting dalam islam. Islam amat menekankan perihal pentingnya hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni dan bersatu padu adalah asas kepada Negara yang aman damai. Nilai-nilai seperti kejiranan, kerjasama, belas kasihan, bersopan santun, merendah diri, tolong menolong dan lain-lain adalah amalan yang seharusnya diamalkan oleh bukan sahaja umat islam tetapi juga harus dicontohi oleh kaum bukan islam.

Pembentukan masyarakat merupakan satu keperluan bagi manusia. Ini kerana Allah mencipta manusia dalam bentuk yang tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa makanan iaitu jasmani dan rohani. Manusia terdiri daripada dua komponen iaitu jasad dan roh. Kedua-dua komponen ini masing-masing memerlukan kebutuhannya yan tersendiri yang tidak mampu disempurnakan kecuali melalui proses hidup bersama atau bermasyarakat.

Perkataan masyarakat bererti “kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan aturan dan cara yang tertentu”. Ibn Khaldun mempunyai teori besar (grand theory)  tentang masyarakat. Antaranya ialah teori yang menegaskan masyarakat sebagai satu organisma yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan.

Islam adalah satu undang-undang atau peraturan yang lengkap yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul dan nabi untuk mengatur segala peri kehidupan lahir batin manusia. Peraturan tersebut sama ada mengenai dirinya sebagai orang perseorangan ataupun yang berhubung dengan pencipta (al-khaliq)  dan yang berhubung dengan makhluk.
Islam merupakan satu sistem hidup yang sempurna dan ia perlu dikembalikan kepada tiga sistem hubungan yang asasi : hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manisa, hubungan mansia dengan alam. Manusia perlu kepada hidup bermasyarakat kerana keperluan jasmani dan rohani atau dunia dan di akhiratnya yang tidak mampu diusahakan seorang diri.  

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *