Ditulis oleh : Nurul Ain Amanina Binti Abdul Rahim
No matrik: 14021144 | No siri : 075
Menurut At-Tarmidzi dan Ibn Majah
dalam hadith hasan gharib, Abdullah bin Masud berkata bahawa Nabi Muhammad
s.a.w menceritakan berkenaan Israk Dan Mikraj. Baginda mengatakan setiap kali
Baginda bertemu dengan kumpulan para malaikat, mereka menasihati supaya
memberitahu umat berkenaan kepentingan berbekam. Berbekam bermaksud
mengeluarkan darah untuk tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, berbekam
dikenali sebagai venesection, venipuncture, atau phlebotomy. Hadith yang
disebutkan sebelum ini menunjukkan berbekam akan terus menjadi relevan sehingga
ke akhir zaman.
Nabi menggalakkan seseorang
berbekam secara sedikit-sedikit dan semasa ke semasa. Menurut Abu Daud, Nabi
Muhammad s.a.w bersabda , "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19,
dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar untuknya daripada
penyakit-penyakit. Sebarang cara dan pendekatan yang boleh mendatangakn kemudaratan
hendaklah dijauhi. Menurut Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Jauhilah perkara yang boleh memudaratkan." Contohnya kemudaratan
adalah mengeluarkan darah dengan banyak sekali atau satu lagi pendekatan yang
kontroversial yang boleh mendatangkan kemudaratan adalah mengeluarkan darah
dengan menggunakan lintah secara rambang.
Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan
bekam dilakukan dengan tujuan merawat dan mencegah penyakit. Amalan berbekam
pada zaman Rasulullah s.a.w tidak dilakukan secara sembarangan. Sebagai contoh,
Nabi melarang seseorang berbekam sekiranya terdapat masalah pada proses
pembekuan darah. Ramai pakar perubatan memandang baik rawatan secara berbekam
ini, dengan syarat ia dilakukan secara yang betul.
Berbekam masih relevan pada masa
kini. Malah terdapat petanda yang menunjukkan ia menjadi semakin popular dalam
pengamal perubatan moden kontemporari. Berbekam juga digunakan bagi merawat
penyakit radang hati yang dikenali sebagai hepatitis C yang kronik. Penyakit
ini berpunca daripada jangkitan virus hepatitis C.
Berbekam bertujuan bagi mengenal
pasti status kesihatan seseorang ini tidak memudaratkan dan sewajarnya
dilakukan walaupun kita berasa sihat. Galakan ini adalah selari dengan galakan
Nabi sebelum ini supaya umat baginda berbekam.
Seseorang yang berbekam dalam
bentuk menderma darah pada hari ini akan mendapat tiga manfaat :
ü Pertama, beliau mendapat manfaat
dari sudut kesihatan jantung.
ü Kedua, dapat membantu pesakit
yang memerlukan darah.
ü Dan ketiga, beliau dapat mengenal
pasti status kesihatan berdasarkan keputusan ujian darah yang diperlukan.
Kajian terkini menunjukkan
terdapat perkaitan antara sakit jantung dan kadar zat besi dalam darah
seseorang. Sekiranya kandungan zat besi dalam badan seseorang itu meningkat maka
risiko diserang sakit jantung turut meningkat dan salah satu cara untuk mengurangkan
zat besi adalah dengan menderma darah atau berbekam. Jelas sekali, sunnah
berbekam memang relevan dengan kehidupan kita pada hari ini kerana ianya bukan saja
bermanfaat untuk kesihatan, malah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum, saya minta izin ambil sedikit maklumat untuk tujuan tugasan saya,terima kasih :)
ReplyDeletewssap yoww
ReplyDelete