Monday, March 13, 2017

“SAYA TAK KACAU ORANG”

Nama : Nor Asiah Binti Rezali
No Matrik : 14021171
No Siri : 066

Yup, itu adalah kata-kata seseorang apabila dinasihati mengenai aurat, terutamanya daripada kaum hawa khususnya remaja perempuan yang sukakan pakaian yang terdedah. Kita haruslah berhati-hati dengan aurat diri, kerana apa? Sebabnya remaja perempuan yang berpakaian jarang dan seksi sebenarnya telah mengacau pandangan lelaki lantas mengolak balikkan hati dan nafsu mereka. Sehingga akhirnya tindakan mengacau perempuan tersebut dan tidak mustahil mereka tergamak munggunakan ilmu pukau.

Oleh itu, untuk mengelakkan diri daripada diganggu oleh mana-mana lelaki yang bermata keranjang ini, maka seharusnya remaja perempuan mistilah menghayati dan mengamalkan tip yang telah dinyatakan didalam Al-quran.
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
 (Surah Al-Ahzab 33:59)

Allah juga telah menerangkan tentang azab dan balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, mereka akan mendapat azab yang pedih. Antara balasan yang Allah tetapkan ialah : Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, maka akan digantung rambutnya diatas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan  selama ia tidak menutupnya.

Seterusnya dada yang sengaja dibuka atau diperlihatkan supaya kelihatan seksi, maka akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggatungnya. Selain itu, betis dan paha yang terselak-selak, maka bersedialah untuk dipanggang , pedihya tidak terkira. Seterusnya, terdapat golongan lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah dan busuk sedangkan daging yang masak terdapat disisi mereka, maka mereka ini semua melakukan zina, sedangkan mereka mempunyai isteri dan suami.
Oleh itu, marilah kita sama-sama tidak membuat kacau orang lain dengan menjaga aurat masing-masing, kerana ia bakal menjadi penyebab sama ada kita ke syurga mahupun ke neraka.




No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *