Friday, January 27, 2017

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA MASA KINI

NAMA            : NUR AINAA BINTI MOHD ZULFAQAR ALI
NO. SIRI         : 008
  
     Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak isu berkaitan dengan masalah sosial yang sering melibatkan remaja. Megapa keadaan ini berlaku? Ini disebabkan di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkait dengan kelompok ini juga banyak. Terdapat pelbagai faktor menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, pelbagai cadangan, aktiviti dan program bagi mengatasi masalah sosial ini telah diutarakan oleh pelbagai pihak. 

     Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja. 

GAMBAR HIASAN


     Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah perasaan ingin tahu dan ingin bercuba. Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada panduan dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. 

     Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. 

     Selain itu, pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.

     Untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pendidikan agama dan nilai-nilai murni. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.


     Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga dapat memberi bantuan dalam menringankan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian juga hendak diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dan sebagainya bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius di kalangan remaja.


     Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosial ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah ibu bapa mesti memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Selain itu pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan juga perlu berkerjasama dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin serius ini.

6 comments:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *