NAMA
: SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049
Setiap yang
hidup pasti akan mati , hanya Allah yang mengetahui masanya . Oleh itu kita
haruslah bersedia . Sesungguhnya janji Allah tentang mati adalah pasti dan
Allah sama sekali tidak mengingkari janjiNya kepada hambaNya .
Begitu suratan
awal kepada arwah Fazidah sekalipun masih muda namun dia telah menemui ajal .
Tinggallah anak yang membesar dan dijaga oleh kakak kandungnya sendiri . Arwah
Fazidah sebelum meninggal dunia telah bercerai dengan Bakar hampir setahun yang
lalu . Bekas suaminya itu telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita
lain dari seberang .
Sebelum
meninggal , Fazidah tinggal bersama anak-anaknya tanpa sebarang bantuan
kewangan dari Bakar . Memandangkan Fazidah sendiri bergaji dan mempunyai
pendapatan tetap , dia malas mengejar duit suaminya itu . Biarlah Bakar sendiri
sedar tentang tanggungjawab yand dilupakan itu .
Di mahkamah ,
kakak kandung Fazidah , Jamilah terpaksa melantik peguam bagi mendapatkan hak
penjagaan anak-anak arwah adiknya memandangkan Bakar cuba menuntut hak
penjagaan anak tersebut . Bakar juga telah menyuarakan keinginan untuk menuntut
harta pusaka peninggalan Fazidah. Jamilah merasa tersinggung kerana semasa
hayat Fazidah , Bakar langsung tidak mempedulikan anak-anaknya . Semuanya
diabaikan dan di uruskan sendiri oleh Fazidah , baik soal nafkah , duit belajar
dan segala-galanya . Walhal semasa cerai , pihak mahkamah telah menetapkan
amaun yang wajib Bakar berikan kepada anak-anaknya itu . Di kala itu semua
perkara dipersetujui oleh Bakar .
Namun janji
bakar hanya tinggal janji , Bakar tidak mengendahkannya , Jamilah dan adik
beradik lain termasuk ibu bapa di kampong banyak membantu Fazidah dalam membesarkan
anak-anak tersebut . Mereka saling tidak tumpah seperti anak-anak yatim dikala
Bakar hanyut dalam dunia isteri mudanya.Kini laluan Jamilah mendapatkan hak
penjagaan anak-anak bukanlah mudah . Bakar sendiri kelihatan beria-ria dengan
hak tersebut . Pelbagai janji yang ditaburkan dihadapan pegawai mahkamah bgi
membolehkan kesemua anak-anak tersebut dijaganya . Kali ini Bakar cukup
memainkan sentiment kasih sayang dan tanggungjawabnya sebagai bapa kandung
menarik perhatian pegawai mahkamah .
‘saya kasihan
dengan nasib ketiga-tiga anak saya ini , sudahlah ibunya meninggal , takkan
mahu ibu saudara membela mereka ,’’ hujah Bakar bagi memperlihatkan seolah-olah
dia adalah bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak . Bakar yang hadir
siap bersongkok dan berbaju kemas dan kelihatan amat kemas dan sesuai dengan
imej bapa yang baik .
TIADA BUKTI
Namun , permainan Bakar dapat dihidu oleh Jamilah dan peguamnya yang
langsung membongkar keinginan jahat Bakar . Dalam penghujahan peguam Jamilah
mengatakan , ‘ Tuan , saya berkeyakinan bahawa Encik Bakar tidak mempunyai
kemampuan untuk menjaga semua anak ini , sekalipun dia adalah bapa kandung
mereka,’ ujar peguam dalam menarik
perhatian mahkamah .
“selama ini
Encik Bakar tidak pernah menghiraukan anak-anak ini , tidak pernah menyediakan
kewangan dan nafkah bagi anak-anak ini . Sebaliknya anak guam saya dan keluarganya
yang banyak membantu arwah Fazidah dalam urusan anak-anak ini , tuan .
“Saya
berkeyakinan , Encik Bakar hanya berminat dengan duit pusaka yang telah
ditinggalkan arwah untuk anak-anak ini daripada hak penjagaan . Dengan menjaga
anak-anak ini , beliau sekali gus dapat mengambil duit yang berjumlah rm30,000
”, tutur peguam itu dengan jelas .
Pegawai lantas
mengarahkan Bakar mengekemukakan resit-resit kemasukan duit nafkah sebagaimana
arahan perintah terdahulu ,Di samping mengarahkan kes ini dibicarakan .
Selanjutnya pegawai mahkamah memperdengarkan petikan ayat al quran , Surah an
Nisa’ , ayat 10 “ Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak yatim secara
zalim , sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka dan
mereka pula akan masuk kedalam api neraka yang menyala – nyala . ” Ia bagi
menyedarkan Bakar agar mengambil berat soal harta anak-anak yatim dan bukan
bagi tujuan lain.
Saya secra
peribadi boleh meyakini hujah peguam Jamilah dalam hal ini . Jika awak Bakar ,
boleh membuktikan bahawa awak sememangnya bapa yang bertanggungjawab , sila
kemukakan semua bukti sepanjang tempoh perkahwinan dan setelah bercerai
daripada arwah , supaya saya dapat mempertimbangkan kedudukan awak dalam hal
ini ”, arah mahkamah selanjutnya kepada Bakar .
Bakar
hanya menundukkan kepala , mengawal perasaan marah apabila dirinya sendiri
umpama dimalukan , ditelanjangkan dihadapan orang lain . Semoga hak kebajikan
anak-anak yatim tersebut terus terpelihara meskipun ibunya telah meninggal
dunia
No comments:
Post a Comment