NAMA: SITI MARIAM
BINTI MUHAMED
MATRIK: 14021156
NO SIRI : 083
Kesibukan ibu bapa yang terikat dengan tuntutan tugas di pejabat
mengeruhkan lagi keadaan menyebabkan remaja kini semakin sukar dikawal. Pakar psikoterapi
klinikal dan pengetua akademik keibubapaan asia ko teik yen berkata, kebanyakan
ibu bapa tidak mempunyai masa mencukupi dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Menurut Ko, faktor kesibukan dalam menguruskan anak di samping
tuntutan tugas di pejabat menjadikan kebanyakan ibu bapa sering mengabaikan
diri sendiri serta induvidu di sekelilingnya.
Anak memerlukan pendekatan berbeza mengikut peringkat usianya
terutama ketika mereka meningkat dewasa. Waktu remaja antara waktu yang paling
mencabar dan disebabkan itu remaja memerlukan pendamping yang sesuai.Sifat
keterbukaan dalam mendidik anak bukan sesuatu yang salah namun ia boleh
mengakibatkan pelbagai impak negatif
sekiranya dilakukan dengan kaedah yang salah.
"Jadi rakan terbaik, dengar segala rungutan dan masalah emosi
anak bagi memastikan mereka cenderung memilih ibu bapa sebagai rakan baik
berbanding individu lain. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu mengawal penggunaan
internet yang semakin berleluasa kerana ia antara medium yang memberi pengaruh besar dalam hidup mereka.
Beri Layanan Bukan Tekanan
Pada usia remaja, kebanyakan mereka mudah tertekan tanpa sebab
kukuh menyebabkan golongan itu mudah memberontak. Jangan sesekali melayan anak
remaja dengan cara layanan seperti kebudak-budakan kerana ia memberi kesan
kepada emosi dan pemikiran mereka.
Jadi rakan paling karib kepada anak sehingga mereka sanggup
berkongsi segala suka dan duka kehidupan mereka. Ini seterusnya memudahkan
usaha membimbing anak remaja itu kerana mereka lebih mempercayai ibu bapa
berbanding individu lain.
Langkah terpenting bagi ibu bapa apabila pulang kerumah, ketepikan
gajet elektronik dan rakan sosial maya. Jangan leka melayan rakan maya hingga
anak ketandusan perhatian dan kasih saying. Pastikan juga waktu makan dan
bersama anak tidak diganggu telefon bimbit.
Semua perkara ini penting bagi mengukuhkan emosi anak, tidak kira
usia mereka kerana semua anak memerlukan perhatian serta kasih sayang daripada
ibu bapa.
Langkah untuk mendekatkan diri dengan anak remaja ialah Jangan marah
tanpa sebab kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Dengar dan terima pandangan
yang diutarakannya. Ajak berbual mengenai isu semasa dan juga masalah
peribadinya. Luangkan masa keluar bersama seperti menonton wayang atau beriadah
ketika masa terluang. Kerap menasihati, tetapi bukan dengan cara memarahi. Cari
kegemaran mereka dan tidak salah jika berikan hadiah.
No comments:
Post a Comment