Nama : Shahidan Adili Marzuki
No siri : 088
No matrik : 14021105
REMAJA lari dari rumah merupakan
satu fenomena yang kerap kita baca dalam akhbar dan telah menjadi makin serius
kerana setengah daripada mereka telah lari sehingga ke negara jiran. Ini
berlaku sama ada di bandar atau pun luar bandar dan juga melibatkan remaja
lelaki.
Terdapat beberapa sebab remaja lari dari rumah. Antaranya adalah keadaan
di rumah dan latar belakang keluarga dan juga personaliti remaja itu sendiri.
Sesetengah daripada remaja melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di
rumah dan ada juga sesetengah mereka dihalau dari rumah. Remaja lari dari rumah
tidak mempunyai satu definisi yang khusus, namun, pelbagai definisi yang telah
dinyatakan berasaskan penyelidik-penyelidik yang menjalankan kajian terhadap
remaja lari dari rumah. Contohnya, Bailey et al. (1998) telah mendefinisikan
remaja lari dari rumah adalah remaja yang melarikan diri dari rumah untuk
sekurang-kurangnya satu malam tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga dan tinggal
di lokasi atau kawasan yang tidak diselia seperti tinggal bersama orang asing,
tinggal di pusat perlindungan, kawasan awam seperti taman atau bawah lebuh raya
atau tinggal di bilik sewa. Zide dan Cherry (1992) telah membina satu tipologi
remaja lari dari rumah atau remaja tanpa rumah berasaskan sebab mereka
meninggalkan rumah. Antaranya adalah pertama, melarikan diri ke iaitu remaja
yang sukakan cabaran dan kerap balik rumah, namun remaja ini akan terlibat dalam
pelbagai kegiatan berisiko semasa meninggalkan rumah.
Kedua, melarikan diri dari rumah iaitu remaja meninggalkan rumah untuk
mengelakkan daripada keadaan keluarga yang konflik dan tegang. Ketiga, dibuang
keluar iaitu remaja yang dipaksa keluar daripada keluarga dan mempunyai sejarah
masalah sekolah dan penjagaan. Keempat, ditinggalkan iaitu remaja ditinggalkan
disebabkan keluarga tidak berupaya menyokong mereka dari segi kewangan
Gejala remaja lari dari rumah
berlaku juga di kebanyakan negara, dijangkakan 1.6 juta remaja melarikan diri
dari rumah di Amerika Syarikat setiap tahun (Walsh dan Donaldson 2010). The
Student Advisory Center (SAC) menjangkakan sekurang-kurangnya 600 hingga 700
kes remaja bawah usia 16 tahun lari dari rumah dilaporkan di Singapura (Yiu
2009). Di India sebanyak 47.22 remaja lari dari rumah (Khurana et al. 2004). Di
Cameroon, remaja lari dari rumah telah berlaku seawal 11 tahun dan bilangan
remaja lari dari rumah bertambah apabila mencapai 15 tahun (Matchinda 1999).
Di Malaysia, remaja lari dari rumah turut menjadi satu gejala sosial
yang boleh menjadi serius sekiranya tidak dibendung atau dipantau. Media massa
kerap melaporkan berita dan liputan tentang remaja lari dari rumah. Gejala ini
telah berlaku dalam semua lapisan masyarakat tanpa kira bangsa dan agama, maka
isu ini menjadi permasalahan umum dalam masyarakat. Gejala lari dari rumah
semakin membimbangkan masyarakat apabila gejala ini melibatkan anak remaja yang
semakin kecil.
Kebanyakan remaja tidak suka kepada kawalan yang ketat dan dilayan
sebagai kanak-kanak. Mereka suka kepada kebebasan dan ingin mencuba. Tetapi
sebagai orang dewasa atau ibu bapa mesti membimbing dan mengawal dengan bijak
anak remaja yang sedang dalam proses menjadi seorang dewasa. Ibu bapa perlu
belajar menyayangi anak-anak mereka walaupun dalam keadaan yang sibuk.
No comments:
Post a Comment