Ditulis Oleh: NUR FARHANA BINTI AHMAD
No Siri: 096
No Matrik: 14021268
(gambar hiasan)
Perkembangan
Islam di suluruh dunia adalah hasil kesungguhan Rasulullah SAW menyeru seluruh
umat manusia untuk kembali mentauhidkan Allah dan melakukan kebaikan serta
kebajikan kerana Allah SWT. Usaha yang dilakukan baginda ini bertepatan dengan
firman Allah SWT di dalam surah Fussilat,ayat ke 33 yang membawa maksud; Dan
siapa yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan
mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim
(yang berserah diri).”
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, seharusnya
kita perlu meneruskan perjuangan dakwah Baginda. Ini adalah kerana, dakwah
merupakan sunnah terbesar yang ditinggalkan oleh Baginda untuk kita
melakukannya agar setiap manusia di dunia ini mendapat tahu kebenaran tauhid
yang sebenar. Seperti sabda Rasulullah SAW iaitu; “Sampaikanlah dariku walau
satu ayat ......” [Riwayat Al-Bukhari] Dakwah membawa maksud menyeru, mengajak
manusia mengEsakan Allah dan melakukan kebaikan. Dakwah juga boleh diertikan
sebagai menyampaikan kebenaran kepada golongan yang bukan Islam. Memahami
konsep berdakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dengan baik, mampu
menjadikan seseorang itu faham akan kepentingan menyampaikan kebenaran Islam
kepada golongan bukan Islam. Dalam melaksanakn dakwah, pendakwah atau
masyarakat perlu melakukannya dengan cara yang kreatif dan bersesuian dengan
keadaan setempat. Lewat kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak pihak telah menjalankan
aktiviti “Street Da’wah” atau Da’wah Jalanan. Walaupun ramai yang beranggapan
aktiviti ini adalah baru, namun jika kita kembali kepada sejarah penyebaran
agama Islam ketika zaman Rasulullah SAW, Da’wah Jalanan telah dilakukan terlebih
dahulu oleh Baginda SAW. Baginda menyampaikan kebenaran Islam di depan Kaabah
dan menyantuni masyrakat di jalanan tanpa berputus asa. Melalui pendekatan
Da’wah Jalanan ini, ramai masyarakat ketika itu menerima Islam walaupun
terpaksa menghadapi cabaran penentangan yang sangat hebat. Mengambil pendekatan
yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu Da’wah Jalanan atau
lebih dikenali sebagai “Sreet Da’wah”, ianya telah disesuaikan dengan keadaan
di Negara ini. Aktiviti “Street Da’wah” di negara ini telah dijalankan sejak
tahun 2011 oleh badan bukan kerajaan. Dengan bantuan perkembangan
telekomunikasi dan media, aktiviti Street Da’wah telah menjadi satu fenomena
positif yang dilihat mampu membantu penyebaran agama Islam di negara ini. Tika
ini banyak badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti dakwah ini.
Sebelum memulakan aktiviti Street Da’wah ini, pasukan sukarelewan yang berminat
serta mempunyai kesedaran tentang kepentingan menyampaikan mesej Islam terhadap
masyarakat bukan Islam akan dikumpulkan. Selain itu, isu-isu yang sering
diutarakan oleh masyarakat bukan Islam perlu dikenalpasti bagi memudahkan untuk
menjawab segala ketidakfaham yang ada. Hal ini penting bagi memastikan para
sukarelawan mempunyai persediaan mental dan emosi semasa menjawab soalansoalan
yang akan diajukan oleh masyarakat bukan Islam atau prospek berkenaan. Aktiviti
ini dapat memupuk kesedaran terhadap masyarakat Islam untuk sentiasa peka akan
isuisu semasa yang melibatkan agama Islam ataupun tidak dengan secara tidak
langsung. Street Da’wah yang dijalankan biasanya membawa tema tertentu
berdasarkan isu-isu semasa.Selain itu, bahan-bahan da’wah juga diedarkan secara
percuma kepada prospek seperti terjemahan al-Quran, risalah-risalah Islam dan
buku yang berkaitan dengan Islam. Secara umumnya, aktiviti-aktiviti agama
sering dilakukan di masjid atau surau dimana golongan yang akan tertarik untuk
menyertai aktiviti tersebut adalah dari golongan yang “beragama” juga. Maknanya
“tertutup” untuk mereka yang tidak beragama Islam atau Muslim yang telah jauh
dari Islam. Sukar untuk menarik minat golongan ini untuk hadir ke masjid dan
surau bagi mengatahui tentang Islam. Justeru
itu langkah mengadakan Street Da’wah di jalanan mampu mendekati mereka-mereka
yang ingin mendapatkan mesej Islam tetapi malu atau takut untuk ke masjid dan
surau. Aktiviti Street Dakwah juga perlu dijalankan di kawasan yang
dikategorikan sebagai kawasan “panas” iaitu kawasan yang menjadi tumpuan
masyarakat bukan Islam mahupun Islam seperti di Bukit Bintang, Masjid Jamek dan
KLCC. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan jumlah masyarakat bukan Islam
yang lebih ramai mengunjungi kawasan tersebut dan hal ini akan memudahkan
proses dakwah kepada golongan bukan Islam dan ramai diantara mereka merupakan
pengunjung dari luar negara. Melalui Street Dakwah dan juga hebahan mesej Islam
sebanyak 20,000 orang telah berjaya disantuni dan terdapat diantara mereka yang
berminat dengan Islam dan memilih agama Islam sebagai kepercayaan mereka.
Melalui Street Dakwah ini juga kita akan dapat lihat bahawa masyarakat Islam
juga mempunyai kekeliruan tentang agama Islam itu sendiri. Hal ini menunjukkan
kelemahan dan kecetekan ilmu serta iman dikalangan masyarakat kota raya yang
penuh dengan kemodenan. Sekiranya tiada usaha untuk memberi kefahaman kepada
mereka, dikhuatiri mereka akan diancam untuk murtad pada bila-bila masa sahaja.
Adalah perlu ditekankan bahawa, hasil daripada dakwah tidak akan membuatkan
seseorang yang telah kembali kepada fitrah untuk menjadi Muslim yang
sebenar-benarnya. Tarbiah dan bimbingan secara berterusan perlu dilakukan
kepada mereka. Dan ini adalah tanggungjawab setiap Muslim di dunia ini. Hal ini
kerana, kita tidak boleh mendakwahkan manusia menuju akhirat tanpa perjalanan
duniawi yang sempurna.
No comments:
Post a Comment