Tuesday, January 24, 2017

JENAYAH SIBER

DITULIS OLEH : ZIE AFNAN BINTI DAUD LATFI
NO SIRI : 032


Jenayah siber adalah jenayah alaf baru. Jenayah siber adalah perbuatan jenayah sama ada oleh orang perseorangan atau sesebuah kumpulan yang menggunakan perantaraan peranti elektronik dengan bantuan capaian internet yang mampu melangkaui batas sempadan negara.
Ia melibatkan pelbagai kerosakan bukan fizikal seperti kerosakan, kehilangan, kecurian data atau maklumat, pencerobohan data peribadi serta penipuan.

Jenayah ini sukar dibendung kerana pelbagai keterbatasan. Antaranya batasan undang-undang, kepakaran dan kemahiran untuk menjejak pesalah sehingga melibatkan sempadan kenegaraan. Ia berbeza dengan perlakuan jenayah fizikal yang dapat dilihat kesan dan jejak pesalahnya.
Kerosakan agama dan pegangan dapat dilihat daripada penyebaran ajaran serta doktrin yang salah, songsang dan berniat jahat. Propaganda yang dimainkan dalam ruang siber boleh mempengaruhi penganutnya sehingga menyimpang daripada pemahaman agama yang sebenar. Seterusnya, ia mendorong ke arah pengamalan agama yang ekstrem, liberal dan terpesong.

Jenayah siber memberi kesan terhadap jiwa dan perasaan apabila ia menyerang psikologi dan mental individu. Kesan jenayah pornografi juga termasuk dalam klasifikasi ini. Aktiviti phishing dan hacking untuk mendapatkan data peribadi seperti gambar serta video boleh memberi kesan psikologi kepada mangsa sekiranya ia disebarkan dan diolah sehingga mengaibkan mangsa.

Data daripada akaun bank yang didapati dengan cara begini pula digunakan untuk memindahkan serta mengalihkan sejumlah wang mangsa. Contoh mudah adalah penipuan dalam pembelian di internet. Ini adalah antara contoh jenayah siber yang kerap berlaku kini.
                                                                                                                            
Firman Allah : “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya. Itu lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat.” (Surah An-Nur, 27).
Ayat ini menyebutkan tatacara meminta izin sebelum masuk ke ruangan peribadi iaitu kediaman. Maka, hacker yang mencerobohi ruangan peribadi seseorang individu dikira melanggar hak peribadi individu tersebut yang diiktiraf oleh Allah.

Firman Allah : “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu. (Surah An-Nisa : 29).
Kecurian harta intelek, maklumat peribadi, data dan rahsia boleh diletakkan di bawah klasifikasi hokum takzir berdasarkan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah.

Namun begitu, bukti digital yang diperoleh adalah bukti kepada kes yang terbabit. Pendapat pakar analisis forensic digital juga boleh dianggap sebagai pandangan pakar dalam proses pembuktian.

Kesimpulannya,  undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *