NAMA : NUR AINAA BINTI MOHD ZULFAQAR ALI
NO. SIRI : 008
UKIRAN merupakan hasil seni rupa tradisi
Melayu yang terulung. Ukiran kayu atau bidang seni ukir merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi masyarakat Melayu sejak
turun-temurun.
Seni itu sendiri sangat meluas dan mempunyai pelbagai bentuk cabang antaranya
ialah seni sastra, seni lukis, seni bina, seni taman, seni muzik, seni tari,
seni hias di samping seni pertukangan. Seni ukiran kayu Melayu automatik menjadi
salah satu unsur budaya tradisional di Malaysia.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah
tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat permainan masa lapang, alat-alat
muzik tradisi dan banyak lagi.
Selain itu, seni tersebut turut diaplikasikan dalam pembuatan perabot seperti
almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat
senjata, alat memasak, alat pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti
perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
Ukiran kayu ialah hasil kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk barangan seperti yang terdapat pada
bangunan, perabot, senjata, alat muzik, alat permainan masa lapang, peralatan
memasak, dan peralatan pertukangan.
Teknik dan proses memainkan peranan penting dalam penghasilan ukiran. Ada empat
teknik ukiran iaitu teknik ukir timbul, teknik ukir tembus ,teknik ukir layang
dan teknik kerawang. Kesemua teknik ukiran berkenaan menggunakan peralatan yang
sama iaitu pisau wali dan pelbagai pahat.
Ukir
Timbul
Teknik ukir timbul ialah ukiran yang tidak ditebuk tembus. Bahagian yang diukir
ialah bahagian corak negatif. Kebiasaannya, peti kayu, daun pintu, tiang rumah
Melayu tradisional adalah menggunakan teknik ukiran timbul. Terdapat ukiran
Timbul Tanpa Silat dan ukiran Timbul Bersilat.
Ukiran
Tebuk Tembus
Ukiran tebuk tembus pula, kayu atau papan diukir ditebuk tembus dan corak
dibiarkan. Ukiran ini kebiasaannya berfungsi sebagai pengaliran udara dan
pencahayaan. Ukiran ini kebiasaannya terdapat pada rumah atau bangunan Melayu
tradisi seperti bahagian kekisi jendela, sekatan ruang, cucur atap dan
sebagainya. Ukiran tebuk tembus ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu ukiran
Tebuk Tembus Tanpa Silat dan ukiran Tebuk Tembus Bersilat.
Ukiran
Tebuk Tembus Tanpa Silat
Ukiran tebuk tembus tanpa silat hampir menyerupai ukiran timbul tanpa silat
cuma yang membezakannya adalah pada dasar permukaan yang kosong yang ditebuk
menjadi lubang, sedangkan motif dan coraknya dibiarkan rata tanpa silat. Gaya
ini biasa terdapat pada kekisi, pagar musang, sekatan ruang, perabot dan cucur
atap.
Ukiran
Tebuk Tembus Bersilat
Ukirannya hampir menyamai ukiran tebuk tembus tetapi diberi kesan silatan pada
motif ukirannya. Biasanya terdapat pada kekisi, sekatan ruang rehat dan
perabot. Motif yang seolah-olah hidup dapat dilihat pada ukiran tebuk tembus
bersilat empat lapis. Ukiran ini biasanya diukir balas pada bahagian
belakangnya menampakkan bunga dan daun yang menyerupai keadaan asalnya. Dahulu
ukiran ini hanya terdapat di istana dan rumah bangsawan Melayu.
Ukiran
Layang
Ukiran Layang dikatakan juga ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak
timbul pada permukaannya. Ia biasanya terdapat pada perabot almari, katil,
bermotif ringkas dan menggunakan teknik guris di permukaan kayu.
Ukiran
Kerawang
Bunga ukir bentuk ini adalah dalam garis yang bengkang-bengkok. Garisan
bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat
dalam bentuk papan tebuk tidak silat.
Usaha kerja mengukir merupakan satu cara penghayatan,
penyataan seni emosi pengukir dan daya cipta dalam bentuk tampak terhadap
beraneka benda serta berfungsi terhadap penggunaannya pada masyarakat.
Tekniknya paling bebas dan tidak tertakluk kepada seni bina. Walaubagaimanapun,
ianya tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa pertolongannya kerana ianya
penyokong kepada rupa ukiran tersebut.
No comments:
Post a Comment