DITULIS OLEH:
NURSYAKIRAH BINTI MOHD ZULKILI
NO. MATRIK:
14021139 NO.SIRI: 044
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar
sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian. Dalam hal ini, terkadang
isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak
suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Perkara ini disebut
sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia
berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia
bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak
pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat
pembelaan dan tidak teraniaya. Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia
kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan
kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
-
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
-
Enggan tinggal serumah dengan suami.
-
Keluar rumah tanpa keizinan suami.
-
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti
mendirikan solat dan sebagainya.
-
Menjauhkan diri daripada suami.
-
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak
mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
-
Tidak memelihara kehormatan.
-
Tidak menjaga amanah suami.
-
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
-
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
-
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
-
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah
tangga, isteri dan anak-anak.
-
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
-
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
-
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
-
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi
mendapatkan keredaan Allah.
-
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan
kehendak Islam.
-
Tidak memelihara kehormatan isteri.
-
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
-
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga
dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan
suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu
isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu
pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau
isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing. Mereka sering kali bergaduh dan
tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar,
contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab. Apabila
berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat
berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan
keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil
mengikut Kanun Keseksaan
No comments:
Post a Comment