Nama : Shahidan Adili Marzuki
No siri : 088
No matrik : 14021105
Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai
kacang lupakan kulit”mungkin sesuai untuk di bincangkan bagi isu golongan warga
emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga
diabaikan oleh semua pihak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang
sebab-sebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua
lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia
bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua pihak terutamanya
institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan. Pengorbanan ibu bapa tidak
ternilai harganya jadi apa salah anak-anak menjaga dan menatang bagai minyak
yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil dulu. Lagipun dalam
tuntutan agama pun ia cukup jelas menuntut kita sebagai anak harus menjaga ibu
bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit ketika diambang
maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh
agama. Namun, hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah
kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian. Hal ini demikian kerana
disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya, justeru itu juga masalah
ini harus dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.
Antara faktor-faktornya ialah golongan warga emas yang terabai dan
diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang
tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya
tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah
berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling ketara ialah sikap
manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini,
mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan. Oleh itu,
anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka kerumah kebajikan. Di samping
itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang
kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini dianggap
tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan
anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa
tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila
dilayan sedemikian. Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang
bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah menambahkan lagi keperitan itu.
Dalam situasi ini bukankah masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada
mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini ialah masyarakat tidak
ada pun rasa belas kasihan atau menunjukkan simpati bahkan menyisihkan mereka
dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.
Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang
tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa
lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu
bapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang
dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan segala pandangan,
nasihat serta tunjuk ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup.
Selain itu, yang menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak yang
sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal
sendirian ialah disebabkan kecacatan, nyayuk, tidak bersefahaman diantara anak
atau menantu dengan ibu bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah
kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia
bermakna menderhakai dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak
lebih-lebih lagi anak itu lelaki. Anak-anak harus bijak untuk memohon maaf
kepada ibu bapa walaupun atas hal-hal yang tidak seberapa. Hal ini mereka
menganggap memohon maaf pada ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.
Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh
tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan
pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil
kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-anak akan
bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu
bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan
hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.
Antara langkah-langkah mengatasinya ialah masalah pengabaian warga tua
disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih boleh dibendung dan
diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan
yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun
itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang
sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal bersama ibu bapa
malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja. Langkah
untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik dimana manusia
perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik
dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang
dianggap semakin tua semakin tidak
berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan
mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa,
anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara tidak
langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli
keluarga terhadap warga tua.
Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan
dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan
agama dari kecil lagi akan dapat
mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan
ada rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur.
Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi
pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah.
Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi
dimana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada
penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh
didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu,
kerajaan perlu menyediakan satu system pendaftaran penjaga supaya segala bentuk
bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu
siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan
kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan
hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung
dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia
sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu
bapa mereka.
Kesimpulannya, masalah pengabaian warga
tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan seumpama itu
tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan
dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa menghormati dan menjaga
kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan
memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan janganlah sesekali
mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah mendoakan mereka
agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.
Hebat👍🏼👍😊
ReplyDeletethankyouuu
ReplyDelete