Sunday, January 15, 2017

POLIGAMI MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA WANITA

NAMA : CHE DAHLIAWATI BINTI CHE DAUD
NO SIRI : 051
Prinsip Perkahwinan Poligami: Islam merupakan ad-Din al-fitrah iaitu ia tidak menentang fitrah manusia tetapi mengawal dan menyusunnya dengan baik. Islam memberikan sistem dan aturan kepada semua keperluan kehendak manusia untuk kepentingan dan kebahagian manusia itu sendiri, sama ada di dunia atau akhirat. Sehubungan dengan itu, Islam telah mengiktiraf prinsip perkahwinan poligami sebagai sebahagian institusi keluarga kerana tujuan kemaslahatan kemasyarakatan. Menurut sesetengah alim ulama, poligami merupakan sesuatu pengecualian, bukan suatu yang biasa kerana dalam aspek-aspek tertentu poligami diperlukan. Islam mengharuskan poligami untuk melindungi wanita dan sebagai Jalan keluar dan kesulitan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Maka kahwimlah oleh kamu wanita- wanita yang kamu sukai, dua, tiga atau empat, Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja (Surah al-Nisa': Ayat 3). Walaupun pada permulaan ayat tersebut menyuruh berpoligami tetapi dinyatakan juga ugutan dan peringatan supaya tidak menyalahgunakan poligami di tempat yang tidak wajar. Di Barat, undang-undangnya tidak membenarkan poligami sebaliknya membenarkan hidup bersekedudukan terutama dengan wanita simpanan. Antara kesannya ialah wanita menjadi permainan lelaki, menggalakkan perzinaan (seks bebas) yang boleh membawa penyakit AIDS atau penyakit kelamin yang lain dan kelahiran anak luar nikah (haram). Kesannya anak-anak yang dilahirkan tidak akan mendapat pendidikan sempurna dan akan mengakibatkan masyarakat yang rosak zuriat dan keturunannya.



Hikmah Poligami: Kehidupan berpoligami membawa banyak hikmah yang tersembunyi dalam sesuatu institusi keluarga dan masyarakat. Antaranya ialah pertama, seseorang isteri itu mungkin mengalami penyakit jasmani (sakit anggota badan), atau mandul atau sakit jiwa. Poligami dibenarkan untuk menghindari keburukan-keburukan yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit tersebut dan akan melenyapkan sebab-sebab atau mengurangkan penceraian.

Kedua, penyelidikan-penyelidikan di peringkat antarabangsa menunjukkan bilangan wanita melebihi lelaki dalam masa aman damai. Poligami akan mengurangkan ketidakseimbangan ini dengan membentuk institusi keluarga yang lebih besar. Ketiga, dalam suasana kini, bilangan wanita akan mengatasi bilangan lelaki. Peningkatan sejumlah besar wanita akan melahirkan masalah moral yang sekiranya tidak diselesaikan akan menyebabkan merebaknya kegiatan pelacuran. Kegiatan pelacuran berlaku tidak hanya disebabkan keruntuhan moral sahaja, tetapi untuk memenuhl keperluan kehidupan berkeluarga kesan daripada kehilangan atau ketiadaan lelaki sebagai ketua keluarga. Poligami secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah pelacuran ini, melalui perkongsian kehidupan. Dan keempat, poligami boleh membentuk perkahwinan yang sihat termasuk melenyapkan jumlah gadis-gadis yang diserang penyakit perempuan yang begitu berleluasa sama ada di dunia Timur atauBarat.

Dalam sejarah sebelum Islam, iaitu masyarakat Arab turut menggalakkan poligami dan sesetengahnya memiliki seramai sepuluh orang isteri. Manakala di negara China, menurut Encyclopedia Britannica, seseorang lelaki berkahwin dengan isteri utama tetapi isteri sampingan dibenarkan. Agama Hindu, menurut Manu's Dharma Shastra, digalakkan berpoligami. Di India pada tahun 1961, menerusi suatu bancian kebangsaan, penganut Hindu yang berpoligami adalah lebih tinggi berbanding dengan penganut Islam yang berpoligami. Ajaran Yahudi pula mengatakan berkahwin lebih dari satu merupakan suatu amalan biasa. Dalam agama Kristian, dalam kitab Bible bab 2 Samuel 3, ayat 2-5, dinyatakan bahawa Nabi Daud (David) mempunyai lebih dari satu isteri dan ini menggambarkan, baginda mengamalkan kehidupan berpoligami. Pada tahun 1650, di Nurenberg (Eropah) berlaku perjumpaan yang mengambil keputusan untuk membenarkan rakyat berkahwin lebih dari satu isteri bagi mengatasi masalah kekurangan bilangan rakyat akibat daripadapeperangan. 

Syarat Poligami Islam: Amalan dalam kehidupan berpoligami Islam tidak memberikan kebebasan mutlak kepada lelaki semata-mata untuk mencari keseronokan sahaja. Sebaliknya, poligami diharuskan dengan bersyarat kepada lelaki iaitu hendaklah berlaku adil kepada isteri-isterinya. Keadilan kepada isteri- isterinya meliputi keadilan dalam pemberian nafkah zahir dan batin seperti pergaulan suami isteri, pemberian nafkah zahir dari segi harta benda dan terpenting ialah memberikan layanan baik, sama rata dan menunaikan kewajiban suami isteri.

Poligami juga diharuskan jika aman daripada kezaliman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja! (Surah Al-Nisa': Ayat 3). Berdasarkan ayat di atas, poligami bukanlah suatu perkara yang dibenarkan secara sewenang- wenangnya tanpa mengambil kira kesannya terutama kezaliman. Kezaliman dianggap merupakan kegagalan suami untuk memenuhi tanggungjawab berpoligami dengan menzalimi tidak hanya dirinya, malah isteri-isteri, keluarganya dan seterusnya menggugat institusi masyarakat. Menyedari hakikat ini, poligami adalah dilarang sekiranya tidak dapat berlaku adil dan zalim.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *