Saturday, January 28, 2017

FITNAH SEMAKIN BERLELUASA

Nama: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110       No. Siri: 045

Fitnah merupakan sesuatu yang sangat dasyat dan boleh mengaibkan kehidupan seseorang. Fitnah ini juga amat bahaya dan sekarang bila kita sedar bahawa fitnah ini disebarkan dengan mudah melalui media massa seperti internet. Selain itu, menyebarkan maklumat atau berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidil terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.

Akan tetapi, ianya bukan sesuatu perkara yang baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranyan membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munagiin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seumpama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan facebook serta laman interaksi sosial yang lain. kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba memasukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulama rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia yang suka mencanag cerita dengan cepat kerana mereka beniat untuk memburukkan dan menjatuhkan imej seseorang. Maka dengan ini mereka termasuk dalam pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Seterusnya bagi menyedapkan lagi cerita mereka, mereka menokok nambahkan lagi di dalam berita tadi maka berlakulah pembohongan.
Walau apa pun pandangan kita terhadap hebahan ini, satu hal yang telah disepakati oleh semua, tetapi bukan semuanya mengambil sebagai iktibar. Apabila setiap ucapan dan catatan kita ini akan ditulis oleh Allah s.w.t. sebagai bahan bukti mahkamah Allah di akhira nanti.
Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:
ما يلفظ من قول الا لديه رقيب عتيد
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).
Fitnah merupakan maksiat dan sekiranya tidak dibendung ianya semakin mengganas dan berleluasa. Melihat pada era globalisasi kini, bila kita lihat maksiat begitu mudah dan halus memasukki ke dalam jiwa kita pada hari ini. Jika bukan manusia itu yang mencari asbab-asbab yang nyata kepada maksiat, namun kejahatan itu juga boleh turut menusuk melalui niat baik kita.

Maksiat dan dosa itu mereka pandang mudah, dan bebas menyebarkan berita tanpa ada rasa bersalah terhadap orang lain. tidak takut akan akibat dari perbuatan hinanya itu. Masyarakat kita sejak dari dahulu lagi mengamalkan perbuatan tidak menegur ke atas kesalahan seseorang yang jelas ianya adalah satu kesalahan yang perlu dicegah segera. Melalui perbuatan tersebutlah fitnah semakin berleluasa kerana manusia terlalu takut terhadap kebenaran.

Menggunakan media massa itu sama sekali tidak salah tetapi penyalah guna itulah dianggap sebagai satu kesalahan. Seseorang itu perlu menggunakan media massa untuk ka arah kebaikan bukan memilih untuk ke arah yang bukan kebaikan. Sekiranya tidak mampu untuk mengubah masyarakat ke arah kebaikan maka jadilah seseorang yang berakhlak baik sudah memadai.
Saya menyeru kepada masyarakat agar sama-samalah kita berani dalam menegakkan kebenaran bukan berani dalam menyebarkan berita palsu yang bukan pasti kesahihannya agar generasi yang mendatang nanti menjadi generasi yang bertimbang rasa dan mengambil berat sesame sendiri dengan cara yang baik.  

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *