Nama : Nurul Iffah Binti Abdul Hamid
No.Matrik : 14021103
No.siri : 076
Media sosial telah dikejutkan dengan
berita label negara Palestin telah dipadam oleh pihak pihak Google dalam aplikasi
Google Maps yang dihasilkan mereka, ianya menyebabkan jutaan penduduk dunia
marah termasuk mereka yang bukan Islam.
Oleh itu ada pihak yang menjalankan petisyen
meminta nama Palestin dinaikkan semula dalam aplikasi berkenaan dan mendapat
sambutan ramai selain hashtag #PalestineHere yang menjadi trending di laman
sosial.
Kerana itu ramai antara mereka memberi amaran
akan memboikot Google jika tidak menaikan semula nama Palestin diatas peta
Google Maps berkenaan.
Pihak Google dalam satu kenyataan telah
memberitahu bahawa tidak pernah ada label bernama 'Palestin' dalam Google Maps
"Namun kami telah mengesan 'bug'
(kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label 'Tebing Barat' dan
''Gaza'."
"Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan
itu," kata Google dalam satu
kenyataan hari ini.
Berdasarkan kenyataan itu ternyata nama Palestin
sememangnya tidak pernah dilabelkan dalam pemetaan Google Maps dimana hanya
menggunakan nama Gaza dan Tebing Barat.
Kenapa nama Palestin tidak ada pada peta? ini
kerana untuk melayakkan nama negara Islam berkenaan ada di Google Maps,
Palestin harus diiktiraf oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai
sebuah negara.
Ketika ini, negara berkenaan hanya diiktiraf
sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB sejak 29 November 2012 di mana ialah
adalah langkah pertama untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka.
Sehingga kini ada 136 buah negara dari 193
negara anggota PBB telah mengiktiraf kewujudan negara Palestin.
Isu ini berbangkit apabila pada 25 Julai yang
lalu Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan
mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di
Google Maps.
Semenjak itu sentimen masyarakat dunia terhadap
isu berkenaan meningkat di mana kerana 'kesilapan' yang diakui oleh Goole itu
menyebabkan ramai pengguna media sosial, beralih arah kepada enjin carian lain
sebagai tanda protes.
No comments:
Post a Comment