Tuesday, January 17, 2017

Diam Itu Lebih Baik

Disediakan oleh: Nur Amira Binti Abdul Halim
No Matrik: 14021134
No Siri: 072
  
Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebahkan menerusi media tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu adalah satu fenomena yang bukan sahaja berlaku terhadap golongan selebriti terkenal, ahli politik, usahawan dan sebagainya,bahkan berlaku juga terhadap golongan agamawan atau lebih dikenali sebagai pendakwah dan seumpamanya kerana golongan ini juga tidak terkecuali.

Terkadang gaya percakapan telah disalah ertikan lantaran perbezaan budaya dan dialek.lalu dihebahkan kononnya ia  merupakan satu kebiadaban kita. Kenderaan yang diguna pakai oleh golongan pendakwah juga tidak terkecuali.malah, setiap kali timbul berita-berita yang kurang menyenangkan, maka cepat saja individu-individu ini menghebahkan tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada betul atau tidak berita tersebut.
Sekiranya kita berhadapan dengan cerita-cerita seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah dengan berdiam diri dan biarkan saja orang yang menyebarkan cerita tersebut memuaskan nafsunya dan melepaskan geramnya.
Bagi yang diuji dengan penyebaran berita palsu dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh baginda s.a.w. ialah dengan berdiam diri. Ini berdasarkan sabda baginda yang meriwayatkan oleh bukhari dan muslim yang bermaksud “sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk(berdiam diri) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang berdiri”.
Sekiranya diri kita pula yang menjadi mangsa fitnah lalu kita membalasnya dengan melakukan fitnah juga, maka tindakan tersebut adalah satu kesilapan besar dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Mungkin kita akan merasa puas dengan jawapan kita dalam twitter,fb, instagram dan sebagainya, tetapi harus diingat, tulisan kita itu akan terus kekal diingati sama ada seperti kekalnya kedegilan kita yang enggan memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain.
Dalam konteks, pembersihan jiwa para ulama ada menasihatkan bahawa terdapat dua perkara yang perlu dilupakan dalam konteks penyucian hati,iaitu kebaikan yang telah kita lakukan untuk orang lain dan kedua, kesilapan atau kejahatan orang lain terhadap kita.
Sekiranya kita berterusan menulis dan mengutuk kesilapan orang lain, maka akan berteruskanlah sampai bila-bila kesilapan orang tersebut akan kita ingati. Ini bermakna akan berteruskanlah kita bergelumang dengan fitnah tersebut.

Ingatlah !walau apa pun” stand” kita dalam budaya hebah menghebahkan ini, kita perlu sedar, setiap perkara yang kita tulis atau kita sampaikan akan dicatat oleh ALLAH S.W.T.sebagai bahan bukti di akhirat kelak. Tanpa mereka sedar perbuatan tersebut menjebakkan mereka dengan pelbagai dosa seperti mengumpat,memfitnah mengadu domba dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *