Sunday, January 15, 2017

Perjalanan Hidup Bagaikan Lukisan

DITULIS OLEH: SITI ERA AFIRA BT MOHAMMAD YUSOF
NO MATRIK:14021210/NO SIRI:062


  Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah  justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.

   Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan kehidupan seorang manusia” . dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.

      Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episode hidup.

      Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan bergembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa. Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi. Meskipun kita mahu, walaupun sekuat mana kita berusaha dan sekuat mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada hakikat, takdir sentiasa mengatasi bibir. Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukanlah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuh.

     Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya mendapat buah.

     Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah : “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimy. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. (Al-Baqarah 2: 216) 

      Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang maha luas. Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga. Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala reda? Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat mukmin sajati. Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab. “apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, “aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah”.

    Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering Nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya  selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.

   Cara mereka “mengecilkan” ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan “memperbaiki” apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal. Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang. Alangkah dungunnya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang tanpa hujan bertandang. Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.

    Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif , itulah permulaan syurga!

    Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktivi-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan. Jika tidak, percayalah  kita akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyakkan sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah.

   Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan.
   Percayalah laying-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, manis itulah asam garam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *