NAMA: NOR AKASHAF BINTI MOHD UZITA
NO SIRI : 058
NO MATRIK : 14021250
Persoalan
akhlak dan adab ialah persoalan semasa yang perlu kita fahami dan hayati
bersama kerana kelemahan adab dan akhlak akan membawa kepada keruntuhan tamadun
dan peradapan.
Masyarakat akan berhadapan dengan krisis
nilai budaya, bilamana persoalan adab tidak lagi dititikberatkan. Sedangkan
kesempurnaan akhlak adalah inti pati risalah Rasulullah s.a.w, seperti mana
sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak.” (Riwayat al-Baihaki). Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada
kita betapa kita akan berjaya menakluki jiwa-jiwa manusia dengan ketinggian
budi dan adab, lebih berkesan daripada menggunakan kekerasan dan paksaan.
Manusia yang beradap ialah manusia yang
berjaya membangunkan peradaban (atau tamadun). Inilah rahsia kekuatan dan
kejayaan peradaban Islam yang kita bangga-banggakan, selama lebih separuh alaf
(hamper 700 tahun) mentadbir dunia, kerana pada waktu itu, umat Islam amat
menitikberatkan persoalan adab dan peradaban dalam mengurus tamadun manusia.
Yang lebih utama, bukan sekadar
membangunkan tamadun, tetapi untuk membina jalan menuju Tuhan. Tidak ada jalan
lain melainkan melalui mujahadah, tarbiah, dan tarqiyyah. Pendidikan adab dan
akhlak akan meningkatkan diri seorang hamba, dari tahap yang rendah ke tahap
yang lebih tinggi, mendaki kepada Tuhannya.
Tamadun dan peradaban hanya mampu
dibangunkan oleh mereka yang mempunyai akhlak yang tinggi. Adap mulia sesama makhluk
hakikatnya ialah pancaran jiwa yang beradab dengan Tuhannya. Sedarlah, bahawa
adab seseorang hamba dengan Tuhannya perlu sentiasa merendah diri,membuang
kesombongan, mencabut takabbur, dan mendabik dada kerana kita semua lemah dan
fana di hadapan Allah S.W.T.
Jika kita berkata ingin kembali kepada
Allah dan hendak ikut perjalanan Rasulullah, maka kita mestilah bermula dengan
memiliki adab terhadap Allah s.w.t. dan Rasulullah S.A.W. Beradablah dengan
Allah s.w.t dengan sebaik-baik adab seorang hamba. Berakhlaklah dengan
Rasulullah s.a.w. dengan setinggi-tinggi kecintaan kepada Baginda s.a.w.
Bermuamalatlah dengan manusia dengan pekerti mulia dengan budi yang tinggi.
Semoga kita bertemu dengan Tuhan pada akhir perjalanan usia.
No comments:
Post a Comment