Monday, March 13, 2017

BAPA ATAU PENJAGA

Nama: Nurul Aisyah Humaira’ binti Mazlan
No matrik: 14021146
No siri: 065

Surah At-tamrin, ayat 6
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala.Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya.Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
          Berdasarkan ayat surah at-tamrin jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menyuruh hamba-hambanya agar memelihara keluarga dari terjerumus dalam lembah kemaksiatan, yang mana dalam institusi kekeluargaan ini antara yang memainkan peranan penting adalah bapa dan yang tingkat yang seterusnya adalah ibu.
          Kenapa Allah menegaskan agar seorang ketua keluarga itu perlu menjaga dirinya dan keluarganya? Antara sebab yang utama ialah, yang mana keluarga merupakan satu intitusi yang amat berkait rapat dengan perkembangan masyarakat. Jika sesebuah keluarga itu tidak dijaga dengan baik, tidak diterapkan didikan agama didalamnya besar kemungkinan akan wujudnya masyarakat yang teruk akhlaknya. Kesannya sebagaimana yang kita semua boleh lihat pada masa kini ialah, para remaja tidak lagi hormat kepada guru,mereka tidak lagi takut dengan orang yang lebih dewasa dari mereka dan yang lebih teruk mereka lebih cenderung kepada perkara kemaksiatan dan menganggapnya adalah satu “trend”. Dalam pada itu antara yang lebih teruk ialah, kes yang “viral” berkaitan ibu bapa yang marah dengan sikap guru yang mendenda anak mereka dengan meyuruh para pelajar tersebut duduk di atar jalan tar kerana mereka lewat. Pada pandanga saya, itu adalah satu tindakan guru yang amat wajar, dan denda yang guru kenakan keatas murid bukan bertujuan untuk menyiksa pelajar hanya sekadar memberi pengajaran.
Surah al-Furqan,ayat 11hingga ayat 12
“Mereka bukan sahaja mendustakanmu, bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat. Dan kami sediakan kepada sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu api yang menjulang-julang. Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh”
           Pada masa yang penuh dengan tipuan dunia ini tugas menjadi bapa memang bukan satu tugas yang mudah,tetapi anak-anak itu adalah permata yang perlu digilap sebaik mungkin yang mana ia adalah satu asset para ketua keluarga apabila di akhirat nanti. Bukan dengan cara menurut segala kemahuan mereka tetapi, mendidik mereka dengan teguran yang baik, penerapan pendidikan agama.
Surah at-taha ayat 132

     “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu . Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *