Ditulis Oleh:
Nama: NURUL
FATIHAH BINTI ISMAIL
No Siri: 005
Buah kurma
atau tamar pastinya menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah
untuk berbuka puasa. Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika
berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang
diteladani umat Islam zaman berzaman. Umat Islam dianjurkan berbuka puasa
dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang
disunatkan. Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering
dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di
Makkah.
Kini, kurma
bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia
yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam
dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan
sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan
pilihan dalam resipi yang dicipta.
Selain
digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam
kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah
hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada
kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara
yang menarik dan kemas.
Menjadi makanan wajib di Asia
Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk
Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir,
kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma
mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi. Buah ini
kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan
Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan
California pada 1765. Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak
diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga
dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Kelebihan Buah Kurma
(Tamar)
1. Buah kurma amat sesuai untuk
dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat
mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.
2. Amalan berbuka puasa yang
baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat,
vitamin dan mineral.
3. Kemudian diikuti dengan
setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk
kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.
4. Bagi mereka
yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama
untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka
boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan
serta minuman manis yang lain.
5. Kurma baik untuk diet
pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai
tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi
masalah sembelit dan gangguan usus kronik.
6. Ia juga dapat digunakan dalam
masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab
dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai
pelbagai khasiat lain.
7. Oleh kerana kurma kaya dengan
unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau
selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim
serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
8. Kandungan zat besi yang
terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai
mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus
menggalakkan pertambahan kandungan susu.
9. Kurma juga membantu
melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci
hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan
dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.
10. Antara kajian lain
dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak
dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai
untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.
11. Dilaporkan 100 gram kurma
segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230
kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia
masih pekat walaupun sudah kering.
No comments:
Post a Comment