Monday, March 13, 2017

KESENIAN DALAM ISLAM

Nama: Nabihah bt Abd Aziz
No matrik:15021361 (080)

Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam dan perbezaan antara seni islam dengan bukan islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun islam, di mana tujuan seni islam ini adalah kerana Allah S.W.T. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”.

Keindahan merupakan salah satu ciri keagungan, kebesaran dan kesempurnaan Allah S.W.T, lantas segala yang diciptakan –Nya juga merupakan pancaran keindahan-Nya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah S.W.T bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan.  Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan.

Konsep kesenian dan kebudayaan dalam islam berbeza dengan peradaban islam yang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Maksudnya, seni mestilah bersifat “ Al-AMR BIL MA’RUF DAN AN-NAHY ‘ANIL MUNKAR ” (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubungan dengan Allah serta kesanggupan untuk berserah diri kepada-Nya. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *